Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AKTIVITI M16 Hubungan Etnik Dalam Alam Pendidikan - Coggle Diagram
AKTIVITI M16
Hubungan Etnik Dalam Alam Pendidikan
Pendidik sebagai
Role Model
Maksud: Teladan
Pengertian: Satu sikap baik yang dicerminkan sehingga dapat dijadikan sebagai contoh kepada suatu kelompok manusia atau seseorang.
Peranan pendidik sebagai Role Model
:star: Suri teladan kepada pelajar
Nilai murni yang ditunjukkan oleh guru di sekolah mudah diterapkan dalam jiwa pelajar.
Guru merupakan pendukung aspirasi dalam membentuk modal insan yang baik.
Guru bukan sekadar melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi lebih kepada membimbing generasi muda berakhlak mulia.
Guru perlu sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku supaya dapat menjadi ikutan yang terbaik kepada genarasi muda.
:star: Menghormati Perbezaan Individu (Kaum / Agama / Kepercayaan)
Guru menunjukkan contoh yang baik dalam menghormati semua pelajar atau guru-guru yang berlainan kepercayaan, budaya dan kaum.
Kerana pelajar setiasa melihat segala tindak tinduk guru dan sering mengikut segala perlakuan guru.
Oleh itu, guru harusnya mempamerkan akhlak yang baik terhadap semua kakitangan di sekolah.
Sebagai contoh: Guru mengambil berat tentang semua pelajar tanpa menunjukkan sikap berat sebelah atau pilih kasih terhadap mana-mana pelajar.
Menjaga hubungan baik dan rapat dengan semua kakitangan atau guru-guru yang berlainan bangsa, agama dan kepercayaan.
Pendidik sebagai
Agen Sosialisasi
Maksud: Proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan susasa yang dapat diterima dalam masyarakat.
Peranan guru penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah.
Peranan pendidik sebagai agen sosialisasi
:star: Penyampai ilmu kebudayaan
Seseorang guru yang mempelajari kebudayaan kaum lain akan membawa manfaat kepada diri dan juga pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Oleh itu, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disampaikan kepada pelajar dengan tepat dan berkesan
:star: Penyampai ilmu perpaduan
Penyampaian ilmu perpaduan yang berkesan kepada pelajar dapat menjamin keamanan dan keharmonian negara.
Segala tingkah laku guru mudah diikuti oleh pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah kerana pelajar menganggapkan guru sebagai idola mereka.
Guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku pelajar melalui tindakan dan tingkah laku mereka.
Oleh itu, peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah penting untuk melahirkan masyarakat bersatu padu.
Ainul Asyikin binti Abdul Manab
Pismp Jun 18 Tesl 1