Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MALAYSIA SEBAGAI HAB PENDIDIKAN ANTARABANGSA - Coggle Diagram
MALAYSIA SEBAGAI HAB PENDIDIKAN ANTARABANGSA
MISI NASIONAL (2006-2020)
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
Usaha ditumpukan kepada kumpulan sasar sebenar dan menyediakan peluang yang mencukupi untuk kemajuan dan bina upaya
merapatkan jurang digital
menangani jurang antara dan dalam kumpulan etnik terutamanya dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan
memajukan wilayah kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah
menggalakkan peluang pekerjaan sama rata bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pekerjaan dan pendapatan disamping meningkatkan integrasi di kalangan kumpulan etnik
mengurangkan jurang penduduk antara bandar dan luar bandar, antara negeri dan antara wilayah melalui penjanaan pendapatan yang mampan dan memperbaik akses kepada keperluan asas seperti perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, utiliti dan pengangkutan
mewujudkan generasi baru usahawan dan enterpris Bumiputera yang berdaya saing
membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 di samping mengurangkan kemiskinan keseluruhan
mengkaji semuala dasar dan program penyusunan semula untuk menilai keberkesanan dan impaknya serta memastikan tumpuan dasar dan program masa hadapan berdasarkan merit dan keperluan
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Antara usaha untuk menangani isu kualiti hidup ialah:
menyediakan pengangkutan awam yang baik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan penggunaan bahan api
meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan dan rumah mampu dibeli atau disewa
memastikan keselamatan dan ketenteraman awam
meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air
meningkatkan kecukupan dan kecekapan tenaga termasuk mempelbagaikan sumber tenaga
memastikan perlindungan alam sekitar yang lebih baik dan penggunaan sumber asli dengan lebih cekap
meningkatkan pembangunan dan penggalakan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia
Kualiti hidup berkait rapat dengan usaha memenuhi keperluan asas serta mengekalkan keamanan, keselamatan dan keharmonian
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
digubal dan dilancarkan pada 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa
bagi mencapai matlamat ini, 7 teras utama telah digariskan dalam PSPTN
Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti
Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)
Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri
Penambahbaikan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
100,000 PhD atau setaraf
Memperteguh penyelidikan dan inovasi
Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
6 buah Universiti Penyelidikan
20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
Budaya inovasi dalam kalangan pelajar
10% hasil penyelidikan dikomersialkan
Memperkasa institusi pengajian tinggi
Satu (1) atau dua (2) buah Universiti APEX daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat
Tiga (3) IPT antara 100 universiti terbaik dan satu antara 50 universiti terbaik di dunia
Kuasa autonomi mengikut KPI
75% pensyarah berkelayakan PhD
Penarafan IPT mengikut KPI
Mempergiat pengantarabangsaan
Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar negara
Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
Pelajar pascakedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan
Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
Biasiswa Antarabangsa Malaysia
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF
Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
Peningkatan penyertaan golongan dewasa
Laluan alternatif dan mobiliti program
Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
KPT sebagai pemudah cara
Sistem penyampaian terbaik
Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
KPI - berdasarkan prestasi
Perbelanjaan berhemah
Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit
transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020
Pengetahuan, inovasi dan nilai-kualiti modal insan negara-akan menjadi penentu utama kejayaan masa depan malaysia sebagai sebuah ekonomi yang berasaskan pengetahuan
Negara perlu meningkatkan keupayaan penduduk dengan:
menjadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembangunan yang menyeluruh dan sejagat
melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan yang menyeluruh daripada peringkat prasekolah sehingga tertiari, daripada aspek kurikulum dan pengajaran sehingga kepada kemudahan sekolah dengan tumpuan utama untuk meningkatkan taraf sekolah luar bandar
meningkatkan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat
mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan
mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk penggunaan ICT
menyediakan persekitaran dan sistem inovasi yang menggalakkan R&D berkualiti tinggi dan boleh dikomersilkan
menghalusi dan melaksanakan program yang menggalakkan pembangunan moral yang kukuh dan budaya beretika seperti terkandung dalam PIN
memperkasa belia dan wanita untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam pertumbuhan dan pembangunan negara
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
Pencapaian Misi Nasional bergantung kepada kecekapan jentera pentadbiran dan pelaksanaan negara
Jentera pelaksanaan ini dipertingkat dengan:
memperkukuh peranan Parlimen, media dan masyarakat sivil
meningkatkan tadbir urus korporat dan sistem penyampaian perkhidmatan sektor swasta dengan menambah baik rangka kerja perundangan dan kawal selia
menangani rasuah nyata dan tidak nyata dalam sektor awam dan swasta
memperbaik penggunaan dan kecekapan kos dana sektor awam dengan mengamalkan kewangan berhemat serta meningkatkan pemantauan pelaksanaan
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi memperkukuh tadbir urus, memperkemas proses pentadbiran dan pengukuran prestasi
1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Perlu beranjak dari tahap "pembangunan pertengahan" kepada ekonomi yang didorong oleh modal insan dengan:
mewujudkan pekerjaan baru dan meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan
menggalakkan sektor swasta sebagai peneraju utama dan meningkatkan pelaburan sektor swasta dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menjalankan perniagaan, meningkatkan pembangunan enterpris kecil dan sedehana, meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta serta menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti tinggi
menjana sumber kekayaan baru dalam sektor yang berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti ICT, bioteknologi dan perkhidmatan berasaskan kemahiran
memupuk budaya kecemerlangan dan prestasi tinggi dalam sektor awam dan swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan
meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai ditambah pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang sedia ada
mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia