Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (MPU3052) Topik 1 - Coggle Diagram
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (MPU3052) Topik 1
Definisi tamadun
Sarjana Islam
1.
Said Hawa membahagikan tamadun kepada 2 penjelasan:
a)
tamadun Islam yang merangkum segala bentuk kemajuan yang berteraskan kebudayaan Islam.
b)
tamadun Jahiliyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek rohani dan moral.
2.
Abu Bakar Hamzah menitikberatkan soal pembangunan yang bersepadu antara dua unsur kerohanian dan unsur kebendaan.
3.
Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun itu ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang tekah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
Sarjana Barat
1.
Hans W. Gatzle et. al. menerangkan tamadun wujud melalui kerjasama dalam kalangan sesama manusia bagi memenuhi keperluan material dan spiritual.
2.
Edward L. Farmer mendefinisikan bahawa tamadun adalah entiti atau unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia.
3.
R.A. Buchanan menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki istitusi-institusi kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi dalam anggota masyarakat.
4.
Oswald Spengler membezakan istilah tamadun dengan kultur.
Ciri-ciri tamadun
1.
Kerajaan dan sistem pentadbiran
2.
Kemajuan teknologi
3.
Kota dan bandar.
4.
Organisasi yang tersusun.
5.
Perkembangan ekonomi.
6.
Menganut kepercayaan tertentu atau agama.
7.
Tulisan dan bahasa.
8.
Perkembangan ilmu pengetahuan.
Prinsip-prinsip tamadun
1. Sosioekonomi -
merupakan prinsip paling asas bagi membolehkan manusia mempunyai kehidupan yang sistematik.
2.Interaksi manusia dan alam -
Kehidupan seseorang individu tidak lengkap tanpa penglibatan atau interaksi dengan manusia lain, contohnya ibu bapa. Intaraksi manusia dengan alam membantu manusia untuk memahami kejadian alam dan membawa kepada kelahiran tamadun.
3. Kreativiti manusia -
Melalui interaksi dengan alam, manusia memperoleh pengalaman yang akan merangsangnya untuk berfikir secara kreatif
4. Persaingan sesama manusia -
Disebabkan kehendak manusia untuk mendapatkan sesuatu sumber, kadang kala manusia terpaksa bersaing untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun, persaingan boleh mengakibatkan ancaman dan pertembungan.
Objektif-objektif tamadun
1.
Memperbaiki dan menambahbaik elemen-elemen seperti kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi, kecantikan seni dan budaya,dan sebagainya.
2.
Untuk menambah bilangan cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang.