Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
USAHA PELBAGAI PIHAK DIPERLUKAN UNTUK MEMBENDUNG GEJALA IINI. - Coggle…
USAHA PELBAGAI PIHAK DIPERLUKAN UNTUK MEMBENDUNG GEJALA IINI.
Memberi pendidikan awal kepada anak-anak
memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik.
Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa.
Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja.
. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi
Peranan media massa
Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi.
Pihak media haruslah mempamerkan info-info atau maklumat yang bermanfaat di media massa supaya remaja dapat mempelajari perkara yang benar dan mengikut landasan agama yang telah dipelajari sejak kecil.
Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.
Pihak sekolah
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah.
Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain.
Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan.
Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.
Penguatkuasaan undang-undang.
Pihak kerajaan seharusnya memberikan denda atau hukuman yang setimpal supaya mereka sedar akan kesalahan yang sering dilakukan.
Ini menyebabkan dapat memberikan kesedara kepada remaja lain mahupun pesalah.Contohnya dikenakan denda sebanyak RM50000 atau dipenjara ats kesalahan yang dilakukan.
Kesannya,remaja takut untuk melakukan sebarang kesalahan.Kerana mereka takut dengan hukuman yang akan diberikan sekirannya mereka melakukan kes buli terhadap remaja lain yang tidak bersalah.
Kesimpulanya,terdapat banyak punca yang menyumbangkan kepada gejala bulidan kita telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah ni negara ini.Perkara ini diambil berat kerana mahu menjaga nama baik negara supaya negara aman dan damai.