Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Pemimpin Yang Berintegriti Tinggi. - Coggle Diagram
Ciri-ciri Pemimpin Yang Berintegriti Tinggi.
Mempunyai visi dan misi yang jelas.
dapat memudahkan para pegawai pelaksana menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing dengan bersungguh-sungguh.
pemimpin politik hendaklah bertindak secara profesional dalam pengagihan bantuan kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan parti mana yang dianggotainya.
slogan 1Malaysia " rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" telah menampakkan hasil yang jelas dalam usaha kerajaan membantu rakyat pelbagai golongan berpendapatan rendah.
Mendengar dan menerima kritikan.
pemimpin politik yang berintegriti tinggi akan mendengar semua pendapat orang bawaahan atau rakyat biasa. Pendapat yang baik akan diterima dan pendapat yang tidak baik akan diberi penjelasan mengapa pendapat mereka tidak diterima.
pemimpin ini bersedia bila-bila masa sahaja untuk mendengar rintihan dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
Pegangan agama / moral yang kukuh.
hal ini penting supaya para pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh kejujuran, ikhlas. bertanggungjawab, tidak kira masa dan cekap.
mereka tidak akan menggunakan agama sebagai alat politik untuk mencapai matlamat atau tujuan politik.
Matang dalam mengenai sesuatu isu.
pemimpin politik hendaklah berpegang teguh kepada prinsip-prinsip integriti seperti kejujuran, keikhlasan, tidak mudah dipengaruhi, keadilan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan semua tugas yang diamanahkan.
kepentingan orang yang dipimpin lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi atau kepentingan keluarganya.
Bersih luar dan dalam.
pemimpin politik hendaklah bersih dari segi akhlak dan perbuatannya. Pemimpin politik hendaklah ditapis terlebih dahulu sebelum menjadi seorang calon pilihan raya supaya seseorang itu benar-benar bersih.
hal ini penting supaya rakyat tidak tersalah pilih calon yang tidak bersih seperti rasuah, berlaku penyelewengan dan mementingkan diri sendiri.
Mesra dengan rakyat.
pemimpin hendaklah selalu mendampingi rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil di dewan rakyat atau dewan undangan negeri.
pemimpin wajib turun padang untuk mendengar masalah rakyat hadapi di kawasan mereka dan masalah tersebut hendaklah diambil tindakan segera.
Berilmu dan berpengetahuan luas.
seseorang untuk menjadi pemimpin mestilah mempunyai kelayakan yang tinggi supaya mereka dapat merangka program yang dapat memajukan negara.
pemimpin yang berilmu akan mempunyai wawasan yang jauh untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.