Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri satu lagi contoh terbaik Kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS. Ini kerana pemimpin UMNO dan PAS berjaya mengetepikan perbezaan bagi memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam pilihan raya kecil itu. "Ini dapat dilihat apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang sebelum beberapa kali menjadi calon PAS di DUN Chini (menentang calon BN daripada UMNO), menjadi pencadang kepada calon BN," katanya pada program ceramah MN di Bandar Dara Chini, dekat sini, malam tadi. Antara pemimpin UMNO yang hadir adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.