Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA - Coggle Diagram
TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Menjamin Keutuhan Dan Kedaulatan Negara
Perlembagaan juga memberi peluang kepada warganegara untuk menumpahkan taat setia kepada negara.
Ini dapat mendorong kepada semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat bagi memastikan kecemerlangan masa depan negara.
Perlembagaan berperanan penting dalam memastikan keutuhan dan kedaulatan negara terus terjamin serta kekal berdaulat.
Perlembagaan yang seragam juga membantu memudahkan proses perpaduan nasional dan pembinaan identiti negara bangsa.
Mewujudkan Kestabilan Negara
Perlembagaan berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah serta mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin.
Proses pindaan undang-undang yang ketat juga membantu mengurangkan situasi tegang dalam negara yang boleh menjejaskan keharmonian.
Peraturan yang terdapat dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia supaya tidak huru-hara
Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara
Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahajamemperuntukkan kuasa kepada pemerintahan tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi.
Secara tidak langsung membentuk pembahagian kuasa yang adil dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesetengah pihak.
Secara tidak langsung membentuk pembahagian kuasa yang adil dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesetengah pihak.
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat sebagai syarat untuk hidup aman dan damai.
Mewujudkan Satu Bentuk Pemerintahan yang Adil
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum khasnya yang melibatkan beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, agama islam dan lain-lain lagi.
Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara juga ada kelonggarannya apabila bahasa lain juga boleh digunakan.
Perlembagaan yang dirangka juga bertujuan untuk membentuk satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama.
Agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.
YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan orang melayu tetapi kaum lain juga mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Sebagai Sumber Rujukan
Perlembagaan menjadi sumber rujukan utama bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam negara khususnya berkaitan undang-undang
Perlembagaan boleh mengelakkan rasa tidak puas hati atau konflik dalam kalangan pemimpin terlibat dan rakyat.
Pihak yang tidak sependapat boleh merujuk kepada undang-undang dan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan bagi memudahkan urusan.
Mengawal Perjalanan Kerajaan
Perlembagaan berperanan menentukan perjalanan dan hala tuju kerajaan.
Perlembagaan juga boleh mengelakkan berlakukannya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin.
Perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.