Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM PENGAJARAN…
KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENDAHULUAN
Pendidikan adalah sebahagian daripada proses yang dapat membangunkan sesebuah negara menerusi kelahiran ramai modal insan yang berilmu dan berketerampilan.
Kepentingan integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli dalam pengajaran pendidikan Islam berperanan dalam membentuk modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani , rohani dan intelek.
Pendidikan Islam harus dijadikan sebagai teras kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan sistem pendidikan yang bersepadu yang berasaskan integrasi ilmu, akal, dan wahyu ke arah menghapuskan dikotomi dan dualisme dalam pendidikan.
Ilmu naqli merujuk kepada Al-Quran dan ilmu aqli lebih merujuk kepada disiplin ilmu.
Sistem pendidikan yang ditemui sekarang bersifat dualistik yang mana tidak wujud integrasi atau kesepaduan samada dalam ilmunya mahupun dalam proses bina insan dan
pendidikannya.
ISI 1: Prasyarat pembangunan diri, masyarakat dan negara.
Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002), matlamat akhir pendidikan adalah mewujudkan insan yang berintelek, multiskill, serta bersikap proaktif dan positif terhadap ilmu pengetahuan
Peranan Guru:
Guru perlu mempunyai kesediaan yang mantap dalam berfikir secara beradab dalam pada memahami ilmu – ilmu dalam kurikulum sejelas-jelasnya
Dengan sistem pendidikan yang dijalankan menerusi konsep sepadu, insan yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, kemahiran yang tinggi dan juga akhlak yang baik serta dapat menongkah arus dalam hidup bermasyarakat.
Peranan masyarakat
Masyarakat memainkan peranan dalam kelangsungan sistem pendidikan
Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh masyarakat.
Pendidikan juga perlu menyediakan pelajar untuk menghadapi
perubahan yang sering berlaku dalam masyarakat.
Menerusi kurikulum dan pendidikan yang sepadu, unsur kejiwaan dan mengenal hakikat kejadian akan kembali diterapkan ke dlm jiwa dan hati masayarakat
Tujuan: Ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kekal utuh, tahan nilai dan akhlak serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan.
ISI 2:Memahami perkembangan dan dan pembangunan sains dan teknologi Islam
Ramai ilmuwan terutamanya dalam bidang sains yang beragama Islam.
Perkembangan dan pembangunan sains dan
teknologi Islam tidak dapat difahami tanpa mengetahui ajaran Islam itu sendiri.
Berlakunya zaman kegemilangan sistem pendidikan dan ilmu pada zaman awal Islam
Sebenarnya ajaran Islamlah yang
menjana pembangunan sains dan teknologi Islam.
Justeru itu ilmu sains dan teknologi tidak pernah dipisahkan daripada ilmu yang berhubung dengan ketuhanan,ilmu adab dan akhlak, ilmu etika dan moral dan ilmu yang berhubung dengan pembangunan dunia hari ini keseluruhannya(Yusoff 2011).
Tuntasnya, ilmu aqli dan naqli sangat berkaitan dengan sains kerana sains melibatkan alam kejadian Allah.
ISI 3:Melahirkan peribadi holistik atau modal insan yang berkualiti
Ilmu Naqli dan ilmu aqli penting dalam kesepaduan sistem pendidikan untuk menerapkan sistem nilai yang mana nilai akidah, ibadah, akhlak dan syariah umpamanya harus menjadi faktor utama dalam pembentukan akhlak pelajar.
Asas-asas nilai ini amat penting supaya kurikulum yang dibina bersifat integratif.
Ilmu yang integratif dan pendidikan yang membangunkan potensi dan bakat insan bakal melahirkan peribadi holistik atau modal insan yang berkualiti supaya kemajuan umat Islam dan manusia terbina atas asas kepentingan fikir, zikir, kemahiran dan nilai.
ISI 4: Menggalakkan manusia berfikir.
Imu naqli berkaitan dengan kandungan Al-Quran yang membantu setiap manusia mencari petunjuk kepada setiap persoalan.
Ilmu aqli pula berdasarkan akal fikiran yang waras dalam berfikir serta berpandukan kepada jaran Islam yang telah dipelajari
ISI 5: Membentuk perwatakan dan sahsiah pelajar
Justeru, pendidikan Islam harus dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu wahyu dan ilmu akal iaitu menggabungkan aspek sains supaya dapat melahirkan individu berilmu sains, bermoral dan beretika baik.
Integrasi antara intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan konsep kesepaduan individu insan.
Berdasarkan FPK sistem pendidikan harislah seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, dan intelek
ISI 6: Menemukan insan kepada Pencipta
Menerusi ilmu naqli dan ilmu aqli yang dipelajari dalam pengajaran pendidikan Islam, individu muslim akan lebih dekat dengan Allah Swt dan sentiasa mengkaji serta mengagumi ciptaan Allah yang Maha besar dan indah
Individu muslim lebih percaya akan kekuasaan Allah setelah mendalami serta menghayati pengajaran pendidikan Islam
DISEDIAKAN OLEH:
NUR LIYANAH BINTI RAZMAN
NUR ARIFAH BINTI MOHD JO
PISMP PENDIDIKAN ISLAM 5