Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.4 PERNIKAHAN MENURUT ISLAM - Coggle Diagram
5.4 PERNIKAHAN MENURUT ISLAM
5.4.2 Pensyariatan Nikah
Allah SWT menggalakkan pernikahan bagi yang mencukupi syarat, sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nur, ayat 32 yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
Terdapat banyak dalil al-Quran yang lain menjelaskan tentang perkahwinan dalam Islam. Antaranya firman Allah SWT surah an-Nisa', ayat 3 yang bermaksud :
“Kahwinilah dengan perempuan-perempuan yang kamu berkenan; dua,tiga atau empat, tetapi jika kamu takut berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja”.
5.4.8
Tanggungjawab Ahli Keluarga
ii)
Tanggungjawab isteri
a) Taat kepada suami
b) Menjaga harta suami dan maruah diri
iii)
Tanggungjawab bersama
a) Memberikan kasih sayang
b) Menjaga amanah
c) Mewujudkan pergaulan yang baik
d) Melaksanakan hubungan kelamin
e) Menghormati persemendaan
f) Mengawal perasaan cemburu
i)
Tanggungjawab suami
b) Memberi nafkah
c) Memberi layanan yang baik dan saling menghormati
a) Memberi mahar atau mas kahwin
d) Memberi pendidikan
5.4.4 Kepentingan Perkahwinan
i) Membina keluarga bahagia.
ii) Mengurangkan masalah sosial.
iii) Menghindari penyakit.
iv) Meneruskan generasi bahagia.
v) Melahirkan masyarakat penyayang.
vi) Melahirkan negara yang aman dan harmoni.
5.4.1 Pengertian Nikah
sudut
bahasa
ia bermaksud berhimpun, berkumpul, ikatan, perjanjian atau kontrak.
sudut
istilah
ialah suatu ikatan yang mengharuskan perhubungan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat tertentu atau satu akad yang mengharuskan melakukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan menggunakan lafaz nikah mengikut syarat-syarat tertentu.
nikah berasal daripada perkataan Arab an-nikah.
5.4.3 Matlamat Perkahwinan
Matlamat perkahwinan adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat keredhaan Allah SWT
memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan tuntutan agama di samping mewujudkan ikatan kasih sayang antara suami isteri serta menambahkan zuriat.
Allah SWT telah menciptakan segala makhluk di dunia ini berpasangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Zariyat 49 yang bermaksud :
”Dan dari segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat (kebesaran Allah)”.
5.4.6 Rukun Nikah
ii)
Calon isteri
- pengantin perempuan.
iii)
Wali.
iv)
Dua orang saksi
i)
Calon suami
- pengantin lelaki.
v)
Sighah
(lafaz ijab dan qabul).
5.4.7 Hikmah Perkahwinan
xi)
Memperluas dan mengerat silaturrahim
Perkahwinan akan menyatukan hubungan manusia, yang jauh didekatkan dan yang tiada hubungan dipersaudarakan. Semuanya akan menjadikan manusia saling berhubungan dan lebih erat kasih sayang antara mereka.
viii)
Berkasih sayang
Perkahwinan adalah satu bukti keterikatan sebuah kasih sayang antara dua insan sepertimana firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud :
''Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belaskasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.”
vii)
Memelihara kehormatan diri
Lelaki dan wanita yang berkahwin akan dapat menjaga hubungan mereka dengan baik sama ada hubungan sosial mahupun hubungan kelamin.
Perkahwinan juga dapat memelihara kehormatan diri daripada perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan syariah Islam seperti zina dan pergaulan bebas.
vi)
Melahirkan cinta kasih sejati
Hubungan cinta sejati antara lelaki dan wanita dapat diikat melalui perkahwinan. Firman Allah SWT surah ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir”
v)
Mengikuti sunnah para rasul
Perkahwinan merupakan sunnah bagi para rasul terdahulu. Firman Allah SWT dalam surah al-Ra'd, ayat 38 yang bermaksud:
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan…”
iv)
Menyalurkan naluri seks
naluri seks dapat disalurkan secara halal dan terjamin kesihatan lahiriah dan jasmaniah, dihindari daripada penyakit kelamin yang merosakkan seperti AIDS, VD, siflis dan sebagainya
dapat mengelakkan diri daripada penyakit sosial seperti pergaulan bebas.
iii)
Melahirkan keturunan yang sah
Perkahwinan merupakan satu cara bagaimana keturunan manusia berkembang secara sah.
Islam juga menekankan peranan perkahwinan sebagai satu cara meningkatkan jumlah umat Islam di dunia ini dan Rasulullah SAW amat berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai di akhirat kelak hasil daripada ibadat perkahwinan
ii)
Tuntutan naluri
Perkahwinan merupakan satu fitrah bagi semua manusia kerana pada hakikatnya manusia dijadikan berpasang-pasangan dan amat memerlukan antara satu sama lain.
i)
Memenuhi tuntutan agama
Perkahwinan merupakan satu tuntutan bagi sesiapa yang berkemampuan dan berkeinginan serta dikhuatiri akan tercebur dalam perlakuan maksiat sekiranya tidak berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang bernikah, ia telah memenuhi sebahagian daripada agamanya, maka takutilah kepada Allah adalah sebahagian yang lain”
(Riwayat al-Baihaqi)
x
) Menanam rasa bertanggungjawab dan keadilan
seorang suami akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mendidik isteri dan anak-anak serta dapat melakukan keadilan kepada mereka
Seorang isteri juga akan dapat membantu suaminya melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki dan menguruskan rezeki dengan baik.
ix)
Kesempurnaan hidup
Kesempurnaan hidup manusia untuk mendapat pasangan dan keturunan yang baik serta mendapat keredhaan akan dapat direalisasikan melalui amalan perkahwinan.
5.4.5 Hukum Nikah
i)
Harus
Hukum asal perkahwinan.
ii)
Sunat
Bagi seseorang yang berkemampuan
serta mempunyai keinginan untuk berkahwin.
iii)
Wajib
Bagi seseorang yang mampu dan bimbang
atau yakin akan terjerumus melakukan zina
dan perkara yang membawa kepada perzinaan seperti berpegangan tangan dan sebagainya.
iv)
Makruh
Bagi seseorang yang tidak berkeinginan berkahwin disebabkan penyakit atau tua.
v)
Haram
Sekiranya seseorang tidak berkemampuan zahir dan batin serta bimbang akan menzalimi dan memudaratkan isterinya.