Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI, Aimuni Hanani Binti Yahaya (2019288012) …
KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Pendahuluan
Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan dan membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat
Segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi adalah berasaskan panduan wahyu dan Sunnah Rasulullah SAW.
Amalan komunikasi tersebut dikira ibadah dalam Islam
Kamus Dewan 2002
: komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, telefon dan sebagainya ; mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang dan lain-lain)
Ghazali Sulaiman 2007
: komunikasi menurut islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat.
Komunikasi dalam Al-Quran
1) Qara'a 2) Balligh
3) Bashshir 4) Qul
5) Yad'uuna 6) Tawasa
7) Sa'ala 8) Sami'a
Unsur-unsur Penting dalam Proses Komunikasi
Pemberi dan penerima maklumat
Tujuan : menyampaikan berita
Berita yang disampaikan : mesej atau maklumat
Proses komunikasi atau perpindahan maklumat
Reaksi atau respon
Platform komunikasi : bersemuka, email, telefon dan lain-lain
Bentuk Komunikasi Di Tempat Kerja
Komunikasi lisan
komunikasi melibatkan suara
Contoh
: Perbualan, ucapan, pembentangan, perbualan telefon dan mesyuarat
Kebaikan
penyampaian mesej dengan mudah dan cepat
gambaran maklumat lebih jelas
komunikasi dapat dijalankan secara lebih tepat dan meyakinkan
maklumbalas boleh diterima dengan lebih cepat
Kelemahan
gugup atau kurang keyakinan diri
mesej mudah disalah tafsir
kurang tumpuan oleh penerima mesej
sesetengah mesej yang disampaikan sukar difahami
Komunikasi bukan lisan
komunikasi tidak melibatkan suara
prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan
Contoh
: Komunikasi bertulis, contoh teladan baik, penampilan diri/ bahasa badan/ personaliti dan pendekatan psikologi
Kebaikan
tiada had penerima maklumat
boleh dihantar kepada penerima yang jauh
boleh disimpan dalam bentuk rekod
Kelemahan
penerima mungkin tidak membaca mesej yang diterima
penghantar tidak mempunyai kawalan
kemungkinan penerima tidak memahami mesej
Halangan Komunikasi Berkesan
halangan fizikal
halangan sikap penghantar
halangan sikap penerima
halangan alam sekitar
halangan bahasa
Etika Komunikasi Islam
qaulan sadidan (perkataan yang benar, lurus dan jujur)
qaulan balighan (perkataan yang membekas pada jiwa, tepat sasaran dan mudah difahami)
qaulan maysura (perkataan yang ringan)
qaulan layyina (perkataan yang lemah lembut)
qaulan karima (perkataan yang mulia)
Kesimpulan
Menjaga keharmonian, perasaan dan hubungan baik sesama manusia merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, untuk menjadi insan yang terbaik khususnya dalam berkomunikasi, perlulah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola atau ikutan.
Aimuni Hanani Binti Yahaya (2019288012)
IC1103Aa