Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4.3 PERADABAN INDIA (INDUS) DI HARAPPA & MOHENJO DARO DAN JANGKA…
BAB 4.3 PERADABAN INDIA (INDUS) DI HARAPPA & MOHENJO DARO DAN JANGKA HAYAT (3300 - 1300 SM)
KEMAJUAN INFRASTRUKTUR
(Pada Zaman Indus - Mohenjo-Daro) Wujud longkang yang bertutup, saliran air, jalan raya lebar 10meter , lorong jalan kaki selebar 3meter, ruangan udara untuk bangunan, kolam mandi yang boleh dibuang dan diisi air
mempunyai gudang untuk menyimpan bijiran besar
↔️ menunjukkan mereka telah maju dalam bidang ekonomi dan pertanian, mereka ada makanan berlebihan maka boleh mewujudkan jual beli
Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia.
KEMAJUAN BERGAMA DAN KEROHANIAN
Terdapat mohor bergambar manusia bertanduk tiga dan duduk bersila seperti yoga (Proto Siva) yang berkait dengan agama Hindu. Tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan: Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
Tiga tanduk itu digambarkan sebagai kuasa Tuhan yang mencipta , memelihara, dan memusnahkan alam
Patung wanita (Dewi Ibu) disembah oleh orang India Selatan ( masyarakat Tamil). Kpercayaan kepada patung wanita yang melambangkan kesburan
KEMAJUAN SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG
Kewujudan sistem Kasta berupa pembahagian kelompok masyarakat dan bidang pekerjaan
Perkara ini dianggap sebagai penindasan namun ciri2 Indus yang bertamadun ini di mana ada fungsi dan tugas manusia dan boleh membangunkan negara mengikut tugas masing-masing
Bangsa Arya berasimilasi dengan bangsa Dasa atau Dasyu untuk dijadikan hamba mereka
Wujud Kasta Brahmin yang membaca, menulis kitab Veda, Ksatria yang memerintah negara, Vaisya yang berdagang dan Sudra sebagai pekerja am (pencuci kuil)
Setiap Kasta tidak boleh bercampur dengan Kasta lain sama ada bergaul atau berkahwin dan tidak boleh menukar pekerjaan mereka. Perbuatan ini dianngap melanggar arahan raja
Mereka yang melanggar sistem Kasta akan dikenakan tindakan oleh raja dengan cara dipulaukan
Bab Perkahwinan
Seseorang gadis yang belum berkahwin akan tinggal di rumah ayahnya dan memiliki harta mereka. Gadis bekerja sebagai suri sepenuh masa yang menguruskan rumahtangga.
Ibu bapa akan memilih suami kepada anak gadisnya untuk dilamar dengan cara menghantar anak gadis berserta perhiasan emas kepada bakal suaminya
Susun Lapis Masyarakat Tamadun Indus
KEMAJUAN EKONOMI
Wujud pelbagai pekerjaan seperti : nelayan, pencuci pakaian, penggunting rambut, penjual daging dan lain-lain
cukai tanah kedai, air, tol dikenakan sebagai pendapatan kepada rakyat
perdagangan bijih timah, besi, perak, emas dan tembaga dijalankan
Hasil hutan, kayu, gajah merupakan harta kerajaan yang dijaga untuk pertumbuhan ekonomi negara
KEMAJUAN POLITIK
Raja dilantik secara pemilihan suara rakyat melalui dua badan parlimen iaitu Sabha dan Samiti (Majlis Perhimpunan Rakyat)
Menteri dilantik dari keluarga diraja oleh raja
Pegawai-pegawai kampung dilantik untuk menguruskan kemajuan kampung
MOHENJO DARO
HARAPPA
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat, batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Lakaran menggunakan tanah liat
LOKASI LEMBAH INDUS
SIFAT KETERBUKAAN
tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
Penemuan Cap Mohor Indus di Mesopotamia