Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA - Coggle Diagram
RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
RMK KE-1
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
PENCAPAIAN RMK
• RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA)
Meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah
STRATEGI KERAJAAN
Focus kepada sektor pertanian & pembangunan luar bandar
Memulih & memajukan projek tanah kerajaan
Membuat penyelidikan tentang pemasaran & pengeluaran hasil tanaman kecuali getah
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Integrasi nasional menjadi tumpuan utama melalui program pembangunan berfokuskan kesejahteraan rakyat (Tanah Melayu, Sabah, Sarawak).
Merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan ekonomi pertanian dan perindustrian dilaksanakan.
Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia.
RMK KE-10
STRATEGI KERAJAAN
Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara
PENCAPAIAN RMK
Kadar kemiskinan telah berkurang kepada 0.6 peratus
Kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja meningkat kepada 55 peratus
Liputan jalan luar bandar meningkat kepada 51,262 km
Liputan bekalan elektrik luar bandar 98 peratus
Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 64 peratus
RMK KE-7
STRATEGI KERAJAAN
Peningkatan kemahiran tenaga buruh, kebolehan pengurusan dan inisiatif yang lebih baik serta kemajuan di bidang sains dan teknologi
Menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh rakyat .
Mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM77.1 juta kepada kira-kira 36,200 isirumah miskin
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Mengekalkan ekonomi yang berkembang pesat secara berpanjangan ke tahap penggunaan kapasiti maksimum.
Mengekalkan keharmonian antara aspek kebendaan dan kerohanian.
Penggubalan dasar dan strategi pengurusan ekonomi makro.
Pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
PENCAPAIAN RMK
Teknologi dan multimedia telah digunakan untuk memperkenalkan pembaharuan dalam sistem dan proses.
Pewujudan sistem pengukuran prestasi yang lengkap dan menyeluruh di kalangan agensi sektor awam
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
-Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)
-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
RMK KE-4
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
STRATEGI KERAJAAN
menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sector
mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
memastikan pembangunan industri
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
PENCAPAIAN RMK
• Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit, getah dan koko oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta kerajaan-kerajaan negeri.
• Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg Parit Seraya dan Kg Parit Selangor di Johor.
• Pembangunan kampung tradisional oleh FELCRA di Kg Kok, Kedah; Teratak Batu, Kelantan; dan Ulu Berang, Terengganu.
• Tanaman kontan projek tembakau di Alor Ketitir, Terengganu, dan Kandis, Kelantan serta projek tanaman sayur-sayuran di bawah skim Penanaman Berkelompok.
• Tanaman kelompok padi oleh Pertubuhan Peladang kendalian Lembaga Pertubuhan Peladang di Tanjung Karang, Selangor, dan syarikat-syarikat kerjasama di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.
• Perluasan program penyelidikan, pinjaman dan pemasaran.
RMK KE-2
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
FELDA meneruskan pembukaan tanah dan penempatan baharu di Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah.
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
PENCAPAIAN RMK
kadar kemiskinan dan penggangguran menurun
peningkatan ketara penglibatan bumiputera dalam sektor swasta
STRATEGI KERAJAAN
Merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
Membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
Menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
Menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
Menyedia lebih banyak kemudahan sosial
menambah peluang pekerjaan
RMK KE-8
STRATEGI KERAJAAN
mengubah strategi pertumbuhan berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran
mempercepat perubahan struktur sektor pertanian , pembuatan dan perkhidmatan
memperkukuh kestabilan sosioekonomi menerusi pengagihan pendapatan Dan kekayaan negara secara saksama
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi
memperkukuh keupayaan, kebolehan Dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran Masa hadapan
PENCAPAIAN RMK
pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (kdnk) meningkat sebanyak 6.2% antara tahun 1991- 2005
peningkatan dalam pendapatan isi rumah daripada Rm1169 sebulan dalam tahun 1990 ke rm3249 sebulan dalam tahun 2004
berlaku pengembangan dalam sektor ekonomi baru seperti Sains, teknologi Dan komunikasi (ICT)
jumlah eksport negara meningkat pads kadar purata 13.5% setahun dalam tempoh 1991-2005
kadar kemiskinan menguncap daripada 22.8% (1990) kepada 5.7% (2004)
RMK KE-11
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
Kita akan merasionalisasi institusi, suruhanjaya dan agensi bagi mengurangkan pertindanan dan mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih kejat, dinamik dan responsif. Inisiatif ini termasuklah menambah baik pengurusan bakat, memperhebat pembangunan kapasiti, mewajarkan saiz perkhidmatan awam, memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah dan menjadikan indikator produktiviti sebahagian daripada KPI kementerian
dan pihak berkuasa tempatan.
PENCAPAIAN RMK
-RMKe-11 berbeza dengan Rancangan Lima Tahun sebelumnya
-RMKe-11 telah disediakan dalam tempoh lebih 18 bulan dengan penglibatan semua pihak berkepentingan daripada pelbagai lapisan masyarakat. RMKe-11 merupakan rancangan terakhir untuk mencapai Wawasan 2020 dan menyediakan asas kepada pembangunan masa hadapan negara.
STRATEGI KERAJAAN
Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang
saksama
Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan
kemampanan dan daya tahan.
Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan
ekonomi
Meningkatkan kesejahteraan rakyat
Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Pertumbuhan berpaksikan rakyat.
Menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan
Semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara
Rakyat merupakan negara
RMK KE-6
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi
menguruskan dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang
STRATEGI KERAJAAN
mempelbagaikan asas perindustrian
meningkatkan pembangunan sumber manusia
menggalakkan peningkatan teknologi
mEngurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
Dasar pembangunan nasional (DPN)
PENCAPAIAN RMK
ubah struktur industri kepada penggunaan teknologi yang lebih cangih dan keluaran yang lebih bermutu.
mengurangkan keseimbangan struktur
RMK KE-9
STRATEGI KERAJAAN
Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sedehana (PKS) sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Meningkatkan prestasi dan kemampuan negara ketahap yang lebih cemerlang
Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan
Memperkukuh daya saing dan daya tahan serta lebih berinovatif
PENCAPAIAN RMK
Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
Meningkatkan tapah dan kemampuan kualiti hidup
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi
RMK KE-5
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
Untuk mencapai perpaduan negara dari segi semua aspek.
PENCAPAIAN RMK
memperkenalkan tahun melawat malaysia
Proton sebagai kereta nasional Malaysia
STRATEGI KERAJAAN
Mempergiatkan pelaburan asing (FDI)
menggalakkan pertumbuhan ekonomi luar bandar
Meningkatkan bidang pembangunan dan penyelidikan (RnD)
Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
PROTON
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
RMK KE-3
MATLAMAT/OBJEKTIF RMK
mempunyai matlamat yang sama dengan Rmk2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
STRATEGI KERAJAAN
menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan seperti menggunakan lebih banyak tenaga buruh bagi dorongan industri dan teknik pengeluaran
kerajaan terus berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar.
industri kecil dibantu dengan menambahkan kemudahan-kemudahan kredit dan perkhidmatan lanjutan.
Strategi seterusnya,memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar.
Strategi pembangunan sosioekonomi RMK-3 adalah untuk menambahkan lagi peranan sektor-sektor pertanian dan perindustrian dalam menyediakan peluang yang kian bertambah.
Usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak.
PENCAPAIAN RMK
-menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta.
-Bagi 10 tahun pertama, perlaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar 7.8% setahun.
-Sumbangan sektor perindustrian kepada KDNK meningkat lagi,iaitu kepada 20.5% pada 1980.
-Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5% dan 25.2%.
-Dalam sektor pertanian pula, walaupun sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian tetapi merosot kepada 22.8% pada 1980.
AGENSI ATAU INSTITUSI YANG TERLIBAT
Digiatkan oleh badan KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.Badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha pembangunan.