Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERGERAKAN KREATIF MUZIKAL AWAL KANAK-KANAK - Coggle Diagram
PERGERAKAN KREATIF MUZIKAL AWAL KANAK-KANAK
TUJUAN
Aspek fizikal : memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencapai kecergasan fizikal dalam aktiviti pergerakan yang mengandungi latihan-latihan jasmani serta aktiviti-aktiviti fizikal yang mencabar.
Sosio-emosi :
bekerjasama dan bertolak ansur dengan masyarakat yang lain.
membina sikap, perasaan, dan nilai positif kanak-kanak terhadap kesukanan.
memberi peluang kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal.
membina konsep kendiri yang kental dalam hubungannya dengan tubuh badan dan aktiviti fizikal.
mempertingkatkan mutu disiplin kendiri dan keyakinan kendiri.
Segi intelek :
menambah pengetahuan dan mendalami pemahaman terhadap konsep-konsep pergerakan dan prinsip-prinsip pergerakan fizikal.
membina potensi gerakbalas dan bertindak secara kreatif terhadap tugas yang melibatkan pergerakan asas, gimnastik, kemahiran-kemahiran permainan, ritma dan gerak tari.
memberi peluang kepada kanak-kanak memilih aktiviti pergerakan.
NILAI
Kerjasama: Pergerakan yang dijalankan secara berkumpulan atau berpasangan secara tidak langsung mewujudkan nilai kerjasama antara murid dan mengeratkan hubungan antara mereka.
Berani: Kanak-kanak akan lebih berani untuk tampil di hadapan berdasarkan peluang dan latihan yang diberi dalam melakukan pergerakan sekaligus dapat mengcungkil bakat yang terpendam.
Semangat berpasukan: Nilai ini sangat ditekankan dalam pergerakan kreatif dan kanak-kanak akan saling membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan keseragaman.
Disiplin: Semasa melakukan pergerakan kreatif, kanak-kanak akan melakukan pergerakan tersebut berdasarkan latihan dan cara yang betul seperti yang dipelajari dan mengikut arahan ketua.
UNSUR-UNSUR
Perkaitan
Berkait antara hubungan dengan objek dan manusia.
Hubungan dengan objek: atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling, dan sisi.
Hubungan dengan manusia: memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan, dan berkumpulan.
Tubuh badan
Kesedaran tubuh badan iaitu boleh melakukan pelbagai pergerakan sebelum memulakan aktiviti sukan (aktiviti memanaskna badan)
Ruang
1.Lokasi - Ruang diri: Ruang di sekeliling kanak-kanak.
Ruang am: Tempat yang digunakan.
2.Arah: Atas, bawah, kiri, kanak, depan, dan belakang.
3.Aras: Ttinggi, rendah, dan sederhana.
4.Laluan: Lurus, melengkung, dan zig-zag.
5.Ekstensi: Besar, kecil, jauh, dan dekat.
Daya
Kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kekuatan iaitu masa, daya, dan aliran.
Masa: cepat - lambat
Daya: kuat - ringan
Aliran: bebas - terikat
ASAS PERGERAKAN KREATIF
Lokomotor
Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.
Contohnya: berjalan, berlari, melompat, lari sisi, skip, merangkak, berguling, dan galop.
Bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat dengan menggunakan otot-otot kecil dan tertumpu kepada pergerakan sendi.
Contohnya: msemolak dan menarik, mengilas sambil tepuk tangan, menghayun, serta menunduk dan merenggang.