Pengenalan : Pergerakan kreatif merupakan aktiviti yang menggabungkan gerakan kreatif secara menyeluruh dan dilakukan yang menyebabkan berlaku perubahan kedudukan atau berada di tempat asl. Dalam aspek pendidikan, pergerakan kretaif adalah satu bentuk pembelajaran yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meperoleh pengalaman di samping meningkatkan perkembangan secara menyeluruh dari aspek sosial, intelek, fizikal, rohani dan emosi. Kanak-kanak juga akan menjadi lebih peka dan mampu bertindak balas dengan cekap terhadap rentak, irama, pegerakan beriarama dan berkemampuan menjadi seorang yang kretaif. Pengintergrasian muzik dapat membantu kanak-kanak mencapai aspek-aspek tersebut. Pergerakan kreatif juga membantu seseorang individu mengekspresikan perasaan da menyelesaikan masalah melalui gerakan yang dilakukan mengikut mud, rentak dan irama muzik yang digunakan .