Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Impak globalisasi (ke arah IR 4.0) terhadap hala tuju sistem pendidikan di…
Impak globalisasi (ke arah IR 4.0) terhadap hala tuju sistem pendidikan di Malaysia
IMPAK
Perubahan Pada Kurikulum Pendidikan
Kementerian dalam memastikan penyediaan kurikulum yang bersepadu berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran dan diperlukan untuk bersaing pada peringkat global.
Inisiatif kementerian dalam hal ini telah mengambil kira beberapa langkah seperti yang termaktub dalam Blueprint PPPM (2013-2025), dimana penambahbaik semula kurikulum sekolah rendah dan menengah selaras dengan standard antarabangsa. Seperti contoh,sebelum ini kurikulum bagi sekolah rendah adalah kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Manakala, bagi sekolah menengah pula adalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah digubal kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Perubahan ini adalah bersesuaian dengan era globalisasi kini, dimana Malaysia mahukan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) dalam kalangan individu murid secara menyeluruh.
Pendidikan Digital Dalam Arus Revolusi Industri 4.0
Usaha kementerian dalam menggalakkan pelajar itu berkemahiran dalam penggunaan teknologi digital ini adalah dengan menyarankan pelaksanaan pembelajaran pelbagai mod (Blended Learning) dimana pdp itu dibantu dengan kepelbagaian teknologi seperti yang termaktub dalam PPPM (2013-2025)
Menurut Datuk Dr Yusuf Yacob (2019) Menteri Pendidikan & Inovasi Negeri, mengatakan untuk memenuhi keperluan IR4.0 ini, pendidikan berasaskan IR4.0 perlu disesuaikan merentas semua subjek, Penyepaduan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan unsur penting dan nilai kerana ia merupakan tonggak dasar sistem pendidikan IR4.0. Sehubungan itu, UMP telah memulakan inisiatif
STEM@UMP.
Melalui program ini, pelajar sekolah diberi peluang mengikut bengkel robotik dan membuat aplikasi robot secara hands on.
Melalui program
STEM@UMP
itu, dapat juga melahirkan ciri-ciri pelajar era digital seperti kolaborator, pengkritik, pencari keseronokan, pemburu integriti, pengejar kelajuan, pemburu inovasi, pencari kebebasan dan pengubahsuai ikut citarasa.
Kemenjadian Murid dalam Sistem Pendidikan
inisiatif kementerian dalam menghasilkan kemenjadian murid dan kepimpinan sekolah yang berkualiti adalah Program Transformasi Sekolah (TS25) diperkenalkan dan telah pun dilaksanakan pada beberapa buah sekolah terpilih di Malaysia. Usaha kementerian menyediakan modul-modul TS25 ke arah menaikkan daya saing Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam berdepan dengan cabaran revolusi industri 4.0.
Program TS25 dan Pedagogi Pembelajaran Bermakna saling berkait rapat dimana seiring dengan perkembangan revolusi industri 4.0 yang sudah pastinya mengubah cara pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 ini Kajian Azizi Ahmad (2020) Penemuan baharu dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) seperti AlphaGo Google DeepMind, kereta panduan sendiri, pembantu suara pintar dan banyak lagi adalah sebahagian punca daripada tanggungjawab pembelajaran bermakna.
Definisi IR4.0
Penemuan pelbagai teknologi baharu yang menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, Cloud internet of things (IoT) dan seumpamanya
Bagi mencapai revolusi perindustrian 4.0 dalam era pendidikan negara pada masa kini, KPM mahu memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti selain bersedia menghadapi IR4.0. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee (2019), menjelaskan ia sekali gus persediaan untuk pelajar Malaysia bersaing di peringkat global.
Peranan Guru
Penguasaan pengajaran dan pembelajaran bermakna pada abad ke-21
Dengan memperkenalkan Modul Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) sebagai panduan guru dalam mengharungi arus IR4.0 ini .Oleh itu, guru dan KPM perlu memastikan sistem pendidikan negara mampu mendidik pelajar secara holistik dan berkesan bagi mencapai maklamat melahirkan modal insan berpengetahuan, berintegriti, berfikir secara kreatif, inovatif dan berupaya berkolaborasi bagi memenuhi keperluan industri 4.0 dalam era digital abad 21 (Abdul Ghoni, 2018).
Guru seharusnya peka terhadap keperluan murid lebih-lebih lagi pada cabaran zaman kontemporari kini. Pengajaran dan pembelajaran perlu berdasarkan kepada aspek kreatif dan inovatif seperti menerapkan pembelajaran bermakna pada aktiviti pdpc.
Pendekatan dan pengajaran perlu berfokus kepada membentuk pelajar yang berkolaborasi dan saling bergantung antara satu sama lain, keterlibatan pelajar yang aktif, pembelajaran kendiri, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, pdpc yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat (Ainun, 2017).
Guru berperanan memiliki kefahaman menyeluruh mengenai teknologi dan tahu arah tujunya.
Datuk Ikhwan Salim Sujak (2018), berkata guru perlu memiliki kefahaman jelas berhubung teknologi terkini terutama untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.Tambahnya lagi, ‘’Kita sedia maklum, persekitaran pembelajaran kini berbeza, justeru sebagai guru pengetahuan mereka perlulah seiring ataupun lebih ke hadapan daripada pelajar khususnya membabitkan teknologi terkini,".
Guru itu perlu berpandangan global agar dapat mengharungi cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses era globalisasi yang kian meningkat ini. Bila sebut mengenai ‘global’ ini, pasti akan terpanggil dengan hasrat PPPM 2013-2025 dimana mahukan individu itu mampu membawa menaikkan diri dengan bersaing di peringkat antarabangsa.
Guru seharusnya berusaha memahirkan diri dan memiliki ilmu pengetahuan teknologi yang meluwes. Seperti yang kita lihat. pelajar amat terdedah kepada teknologi digital dimana internet, pengkomputeran awan (cloud computing) dan sosial media memberi cabaran kepada sistem pendidikan formal. Perkembangan teknologi yang pantas ini memerlukan perubahan paradigma dalam kalangan guru. Justeru guru hendaklah memanfaatkan segala kemahiran yang sedia ada dan kemudahan teknologi dengan meluas.
Nama : Nurul Syafawani Bt Muhammed Suhaimi
Kumpulan : PDPPPI6-6620
Kursus : EDUP2072
Nama Pensyarah : Puan Vitcsy Anak Michael Niob