Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CARA SAYA SEBAGAI GURU DALAM BERPERANAN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN,…
CARA SAYA SEBAGAI GURU DALAM BERPERANAN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
PENGENALAN
Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21
Guru Adalah Agen Perubahan
Keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia
Masalah disiplin di peringkat sekolah seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri pelajar.
Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik.
Guru adalah sebagai agen perubahan bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang akan berlaku
ISI 1: Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid.
Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan tentang pengajaran pada waktu tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan murid mencari maklumat tambahan melalui teknologi internet. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid
ISI 2:Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah
Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. Kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka Guru yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung.
ISI 3:Guru bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan
Guru bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiap perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Contoh, pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh Bahasa Inggeris sedangkan program ini baru sahaja 7 tahun dilaksanakan bermula dari tahun 2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus dapat dilihat tanpa sebarang rungutan.
Kesimpulan :
• Guru ibarat ibu bapa disekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi, sebagai agen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk menghadapi perubahan dan merealisasikan impian negara.
• Guru perlu memainkan peranan yang penting sebagai orang dewasa yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
Secara tuntasnya, guru selayaknya menjadi agen perubahan kerana pendidikan anak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh jam,tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid yang cerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia.
• Guru sebagai pemudah cara, berkolaborasi dengan murid dan menyokong pembelajaran mereka.
DISEDIAKAN OLEH:NUR LIYANAH BINTI RAZMAN
PISMP PENDIDIKAN ISLAM 5
TARIKH: 20 NOVEMBER 2020