Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPAK-IMPAK ISU GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN - Coggle Diagram
IMPAK-IMPAK ISU GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN
meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet.
Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang.
memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri.
Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan.
Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban.
Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan.
Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan.
Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran.
hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya.
Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera.
hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Peluang pendidikan sama rata
Pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran melalui sitem pendidikan jarak jauh
Kadar pengangguran meningkat