Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PDP - Coggle Diagram
ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PDP
ISU HARTA INTELEK
Hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.
Pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Antara undang-undang yang melindungi harta intelek adalah:
Akta Cap Dagangan 1976
Akta Paten 1983
Akta Hakcipta 1987
Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
:red_cross: Contoh isu harta intelek: Syarikat pengeluar, pengedar dan peruncit beras, Faiz Rice Sdn Bhd yang didapati bertanggungjawab melanggar hakcipta enam jenama beras milik syarikat Faiza Sdn Bhd
UNDANG-UNDANG SIBER
Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu dan undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian.
Kerajaan Malaysia telah menggubal lima undang- undang siber khusus untuk menghalang aktiviti jenayah siber dari berleluasa di Malaysia. Antaranya
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998
Akta Tandatangan Digital 1997
Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Teleperubatan 1997.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Jadi ,undang-undang siber dan undang-undang kerajaan elektronik amat penting untuk melindungi pengguna biasa dari ancaman penjenayah siber yang amat bijak.
PLAGIAT
:pencil2: Menurut DBP, plagiat ialah hasil mencedok karya orang lain dan disiarkan karya sendiri tanpa memberi sebarang kredit kepada pemilik asal karya
:explode: Merupakan satu perbuatan yang tidak profesional
:no_entry: Penghasilan karya yang tidak berkualiti dan boleh dituduh sebagai plagiat
:check: Menggunakan format penulisan rujukan di akhir karya seperti APA Styles dan Chicago Styles
KERAHSIAAN
International Organization for Standardization (ISO) telah menakrifkan kerahsiaan bermaksud “memastikan bahawa sesuatu maklumat itu hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang tertentu sahaja dengan kebenaran. Kerahsiaan juga bermaksud mengekalkan sekatan terhadap akses dan pendedahan maklumat yang diizinkan. Hilang kerahsiaan bererti pendedahan maklumat tanpa izin.
KESELAMATAN
:warning: Jangan mudah berikan data peribadi kepada orang yang tidak dikenali
:lock: Gunakan kod kata laluan bagi menghalang anak-anak membuka laman yang tidak sesuai
:check: Hanya membuka e-mel dan laman web yang dipercayai
:forbidden: Jenis ancaman: Skim cepat kaya, judi siber, penggodam, penyebar virus
PENYEBARAN MAKLUMAT
Ciri-ciri maklumat palsu
Rujukan tidak tepat
Tidak logik
Kerap ulang tayang
Jalan cerita menarik
Tiada sumber asas
Sumber yang disamarkan
SKMM turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.