Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH-KAEDAH PENTAKSIRAN BAHASA - Coggle Diagram
KAEDAH-KAEDAH
PENTAKSIRAN BAHASA
Pendidikan Tidak Formal
Pentaksiran yang dilakukan secara lebih bersahaja yang memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian mereka (Abdullah Sani Yahaya, 2005).
Rekod Anekdot
Sebuah catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif dan negatif untuk direkod (Brindie, 2018).
Pemerhatian tingkah laku yang dilakukan tidak dirancang malah secara kebetulan.
Pemerhatian dilakukan terhadap murid secara individu walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan.
Catatan perlu ditulis secara objektif berdasarkan perkara sebenar yang berlaku.
Contoh: Maklumat yang direkod merupakan peristiwa yang menggambarkan perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Senarai Semak Dan Skala Pemeringkatan
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid daripada segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan (Tuan Jah & Faridah Nazir, 2011).
Senarai ini disediakan bagi menentukan:
i) Sesuatu tingkah laku atau ciri yang ada pada murid
ii) Kekerapan sesuatu tingkah laku murid
Bagi mendapatkan maklumat yang tepat, pemerhatian akan dilakukan beberapa kali.
Pemerhatian
Kaedah yang membantu guru membimbing murid dalam meningkatkan keupayaan secara individu.
Penilaian dibuat berdasarkan pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar guru.
Guru dapat melihat perbezaan tahap pencapaian murid berdasarkan perbandingan dengan murid lain.
Memudahkan guru mengesan dan merangka pembelajaran yang lebih efisien bagi murid yang lemah.
Jenis pemerhatian:
i) Pemerhatian proses
ii) Pemerhatian sistematik
iii) Pemerhatian tidak sistematik
Temu Bual
Kaedah pengumpulan data yang memerlukan interaksi antara dua pihak atau lebih.
Salah satu teknik penilaian yang berkesan kerana menggalakkan murid menyatakan perasaan berdasarkan sikap mereka (Rajendran & Ee, 1995).
Jenis temu bual:
i) Temu bual berstruktur
ii) Temu bual separa berstruktur
iii) Temu bual tidak berstruktur
Penilaian ini dilakukan secara berperingkat dan berterusan supaya maklumat yang berkaitan masalah pembelajaran murid dapat diperoleh dengan lebih jelas.
Hasil Kerja Murid
Penilaian rasional terhadap tahap penguasaan dan kemajuan seseorang murid yang dilakukan oleh guru selaras dengan perkembangan murid.
Penilaian dibuat berdasarkan hasil kerja murid seperti tugasan, latihan atau projek yang dilaksanakan oleh murid dalam suatu matapelajaran.
Merangkumi aspek cara murid mencari bahan berkaitan, menjawab soalan serta cara pelaksanaan hasil kerja dibuat.
Membantu guru menilai murid dalam aspek yang lebih luas seperti nilai bekerjasama semasa proses pencarian bahan dan kolaborasi dengan guru semasa melaksanakan kerja.
Pendidikan Formal
Pentaksiran secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi yang melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh calon (Hanna & Dettmer, 2004).
Pentaksiran Formatif
Sejenis penilaian formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas (Stiggins, 2017).
Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk dibaiki pada kadar yang segera.
Contoh: Ujian bulanan, soal jawab dan latihan yang diberikan oleh guru.
Ujian formal atau tidak formal dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu, kumpulan atau menyeluruh.
Pentaksiran Sumatif
Sejenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tempoh persekolahan (National Research Council, 2001).
Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan peringkat gred murid di dalam kelas.
Contoh: Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Ujian formal dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.
Ujian Diagnostik
Ujian bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bagi menentukan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku (Saiful Haq, 2009).
Ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk tersebut dapat dikenal pasti.
Contoh: Ujian bacaan bagi mengenal pasti masalah pelajar dalam mengenal dan menyebut huruf.
Ujian formal ini boleh dijalankan secara melibatkan pensel dan kertas, soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
Ujian Lisan
Ujian lisan diadakan bagi menguji kebolehan pelajar dalam berkomunikasi menggunakan standard bahasa yang betul.
Mengesan kelemahan pelajar dan membantu pelajar membaiki kelemahannya khususnya dalam bidang penguasaan bahasa.
Mendedahkan kemahiran lisan serta memberikan pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi dalam situasi formal atau tidak formal.
Contoh: Ujian lisan mendengar dan ujian lisan bertutur.