Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI UNTUK PDP - Coggle Diagram
ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI UNTUK PDP
Harta Intelek
Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka. Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).
Undang-undang yang melindungi harta intelek adalah seperti
Akta Cap Dagangan 1976
Akta Paten 1983
Akta Hakcipta 1987
Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
Undang-undang siber
Merupakan satu rangka perundangan yang komprehensif untuk menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multimedia dan penggunaan aplikasi multimedia
MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab menggalakkan dan mengawal perkhidmatan komunikasi dan mulitmedia di Malaysia
Akta dalam Undang-undang Siber Malaysia seperti 1. Akta Hakcipta 1997 (pindaan), 2. Akta Tandatangan Digital 1997, 3. Akta Jenayah Komputer 1997, 4. Akta Teleprubatan 1997, 5. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, 6. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Plagiat
Didefinisilan sebagai perbuatan meniru atau mengutip keseluruhan atau sebahagian karya orang lain tanpa izin dari pengkarya berkenaan dan mengakui karya tersebut adalah dari usahanya sendiri.
Punca Plagiat
Sikap Peribadi - malas, tidak mempunyai keinginan belajar, mengambil mudah
Kemudahan Internet - Kemudahan internet yang meudahkan pelajar untuk mendapat maklumat tanpa batasan
Cara Mengatasi Plagiat
Sertakan sitasi (citation)
Paraphrasing iaitu penyusunan semua ayat tanpa mengubah maksud ayat
Pendedahan format penulisan
Guna aplikasi antiplagarisme
Kerahsiaan
Berkait rapat dengan penjagaan dan pemeliharaan "bahan" dan alat atau objek
Pemegang amanah, pentadbir atau pekerja awam tidak boleh bersubahat dan menyebarkan sesuatu bahan sulit kepada pihak lain
Pemeliharaan nilai kerahsiaan ini dapat mempertingkat dan memperkukuh organisasi
Keselamatan
Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara (banyak teknologi pendidikan berlaku disitu)
Cara menjaga keselamatan
Mempunyai peraturan yang ditetapkan
Penjagaan dari segi perkakasan komputer dan data seperti membuat salinan lain atau disimpan dalam cakera padat lain
Penyebaran maklumat
Penyebaran maklumat palsu adalalah penyebaran maklumat tanpa kesahihan serta bukti yang sah
Penyebaran boleh berlaku melalui gosip, khabar angin. spekulasi, penipuan
Kesan 1. Memberi kesan negatif kepada reputasi seseorang 2. Melibatkan kerugian wang ringgit, 3. Penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat
Cara mengatasi 1. Periksa kesahihan maklumat yang dierima, 2. Pastikan sumber sahih sebelum menyebarkannya