Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA - Coggle Diagram
BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Peranan Agama
Alat perpaduan nasional
Fungsi penyatuan:
Nilai kesatuan dan solidariti
Tokoh agama memimpin kerohanian dan sosial penganutnya
Simbol tamadun
Pengesah atau Perasmi program pembangunan:
dalam Islam ada Majlis Doa Selamat @ Solat hajat
Agama lain juga majlis bacaan doa bagi majlis khusu tertutup untuk mereka
Sumber nilai moral
Agama: Set peraturan yang menetapkan hubungan manusia dengan kuasa ghaib
Fungsi agama sebagai agen pendamai boleh menyatukan pelbagai etnik
Agama mempunyai nilai moral yang boleh meningkatkan hubungan etnik
Tiada satu pun agama yang menyeru kepada permusuhan antara penganutnya dengan penganut agama lain
Yang ada hanyalah seruan jihad / perang sekiranya agama diancam
Agama menyeru kepara perdamaian dan keharmonian
Terbukti dalam Islam, apabila berlaku peperangan. Tentera Islam tidak boleh membunuh pendeta agama dan merosakkan rumah ibadat
8.3 Agama dan Kepercayaan Masyarakat Malaysia
8.3.1 Agama Islam
Dianuti kebanyakkan masyarakat Melayu dengan mazhab Syafie
Minoriti India Muslim di Malaysia bermazhab Hanafi
Islam menekankan konsep Tuhan yang Satu
Ajarannya merangkumi ekonomi, sosial dan politik (Deen: way of Life)
Islam iktiraf kitab suci sebelum al-Quran seperti Taurat, Zabur, Injil ( Persamaan kandungan tetapi ada beberapa pemalsuan)
Institusi Agama dan Pusat Ibadat:
Masjid sebagai pusat ibadat beramai-ramai (jemaah), penganjuran ceramah agama, bayaran zakat, dana aktiviti kebajikan lokasi akad nikah
Pengimarahan masjid oleh imam, bilal dan nodja
Pengimarahan masjid diterajui oleh AJK masjid dibantu rakan muda masjid
Masjid dinaungi oleh Majlis Agama Islam Negeri yang turut bernanung di bawah Sultan negeri masing-masing
Amalan Islam negeri juga merangkumi urusan perkahwinan, penceraian, rujuk, nafkah, harta sepencarian, hadhanah, pentadbiran masjid, risalah isu terkini, program dakwah, kuatkuasa undang-undang kekeluargaan Islam dan jenayah syariah (minum arak, salah laku seksual melibatkan orang Islam)
Perayaan
Umat Islam merayakan Aidilfitri dan Aidiladha, Maal Hijrah, Asyura, Maulidurrasul dan Isra Mikraj
Amalan Keagamaan Islam
Solat Fardhu dan Solat Jumaat yang penting dilaksanakan di masjid
Azan perlu dilaungkan kuat sebagai syiar (tanda) Islam dan sebagai memanggil orang di laur masjid untuk solat
8.3.3 Agama Buddha
Agama anutan majoriti orang Cina
Majoriti orang Cina menganut Buddha mazhab Mahayana
Agama Buddha lahir daripada penindasan golongan Brahman yang menyebabkan penentangan rakyat
Buddha lahir selepas kewujudan agama Hindu
Buddha diasaskan oleh anak raja India bernama Gautama Buddha, seorang anak raja yang tidak suka dengan kemewahan istana dan keluar melarikan diri ke hutan untuk bertapa dan mencari hakikat hidup (pencerahan)
Gautama memakai baju koyak dan bertapa memahami hakikat hidup
Suruhan Gautama untuk bertapa dan mencapai ketenangan dan bahagia walaupun derita dan susah (falsafah)
Gautama tidak menyuruh pengikutnya menyembah dia atau mana-mana dewa, dewi menyebabkan patung dibentuk sepertinya dan disembah pengikutnya. Pengikutnya anggap ruh Tuhan telah meresap ke dalam tubuh Buddha
Sarjana Perbandingan Agama pertikai adakah Buddha sebuah agama atau falsafah
Buddha tersebar ke Tanah Besar Cina setelah Gautama mengembara ke Cina dari sempadan India. Kitabnya dinamakan Tripitaka (3 serangkai)
Buddha mengajak hormat kehidupan (halang pembunuhan hidupan berdarah @ vegetarian), ketenangan, kasih sayang
Buddha terkenal dengan simbol roda Dharma
Cara sembahan mereka adalah membakar colok dan menjamu berhala
Pusat penyembahan Buddha dikenali sebagai tokong dan biara (wal) yang turut menjadi pusat pendidikan dan aktiviti kebajikan
Pemimpin agama Buddha dikenali sebagai Bhikku (sami lelaki) Bhikkuni (sami perempuan)
Golongan sami tidak berkahwin atau jika sudah berkahwin, mereka akan meninggalkan kehidupan bersama keluarga mereka
Perayaan Buddha ialah Hari Wesak
Perayaan Tahun Baru Cina (perayaan semua orang Cina tanpa mengira agama)
8.3.2 Agama Hindu
Dikenali dengan nama Brahma @ Brahmin (Gelaran terhadap pendeta Hindu)
Mempunyai kitab agama yang bernama Veda (RIg Veda, Yajur Sams Veda, Athar Veda)
4 bahagian Veda mengandungi (Samhita, Brahman, Aranyaka, Upanishads)
Agama Hindu terhasil dari tamadun Indus di Sungai Indus. Tamadun Indus dimasuki empayar Parsi (Arya)
Hindu perkenal sistem Kasta (Brahmin, Ksatria, Vaisya, Sudra) tidak boleh bercampur antara berlainan kasta, berkahwin, tidak boleh mengubah kasta
Hukuman mereka yang melanggar kasta: dipulaukan
Kesan kedatangan agama Hindu di MAlaysia ialah kuil di Lemabha Bujang, Kedah pada kurun ke-7 Masihi
Tanda di dahi 'Pottu' dipakai pelbagai warna untuk membezakan antara mereka yang bujang atau telah berkahwin
Persatuan Malaysia Hindu Sangam (MHS) dianggap persatuan diiktiraf. Mereka juga terlibat dalam aktivit sosial dan kebajikan
Perayaan:
Deepavali (Pesta Cahaya) yang biasa disambut akhir Oktober @ awal November
Upacara memasang pelita dan mandi minyak
Thaipusam perayaan di kuil Batu Caves merayakan kelahiran Dewa Murugan dan kejayaan dewa itu menghapuskan kuasa jahat
Penganutnya diminta membawa Kavadi berupa hiasan kayu dan besi yang disangkut pada tubuh penganut
Penganut bernazar, menderma dan bercukur semasa Thaipusam
Ponggal ialah pesta keraian menuai yang disambut dengan upacara keagamaan Hindu. Nasi dimasak untuk disajikan kepada Dewa Suriyam, upacara menghargai lembu atas sumbangan pada pertanian dan upacara pohon restu untuk dapat jodoh para gadis
8.3.4 Agama Kristian
Merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi
Bible ialah kitab suci Kristian mengandungi (Perjanjian Lama dan Baru)
Mereka percaya Nabi Isa a.s. adalah anak Tuhan (Jesus) dan penyelamat seluruh manusia
3 aliran utama Kristian ialah Katolik, Prostestan dan Ortodoks Timur
Aliran Prostestan mempunyai pelbagai aliran pemikiran seperti Lutheranisme, Anglikan, Calvanis, Pentakostalis, Metodis, Baptis, Karismatik, Presbytarian, Anabaptis dsb.
Simbol salib adalah ikon suci penganut Kristian yang dilihat di dindin, bumbung gereja dan loket (pelindung penganutnya dari bahaya)
Kristian dianuti oleh Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak
Perayaan Agama Kristian
Krismas @ Hari Natal (25 Disember)(simbol salji)
Memperingati kelahiran Nabi Isa (Jesus)
Berkunjung ke gereja, beribadat, berziarah, bersedekah hadiah (Santa Klaus, Rusa, Salji, Hadiah, Loceng)
Good Friday (Jumaat sebelum perayaan Ester)
Perayaan memperingati hari Jesus disalib
Perayaan Easter (simbol telur) "melambangkan kegembiraan"
Penganut berkunjung ke gereja untuk ibadat
8.3.5 Agama Sikh
Dianuti khusus oleh orang Punjabi
Lelaki Punjabi diakhiri nama mereka dengan perkataan 'Singh' 'Singa'
Perempuan mereka diakhiri namanya dengan perkataan 'Kaur''Puteri'
Pengasas mereka dinamakan Guru Nanak (10 orang) yang dianggap sebagai Rasul mereka. Selepas kematian 10 orang Guru Nanak, tiada lagi pemimpin agama tersebut. Yang ada hanyalah kitab mereka untuk diamalkan penganut Sikh
Mereka percaya hanya wujud 1 Tuhan sahaja. Mereka percaya Tuhan sebagai Nirankar (tidak berbentuk), abadi, sangat berkuasa, manusia tidak mampu menghuraikannya
Rumah ibadat Sikh (Gurdwara) tidak mempunyai berhala
Simbol Sikh (Khanda) melambangkan kewajipan mempertahankan agama mereka
Elemen Sikh: 5K
1) Kesh: Rambut panjang (untuk menjaga keimanan penganut lelaki)
2) Kanga: Sikat (kekemasan diri)
3) Kara: gelang besi
4) Kirpan: pedang kecil
5) Kacha: seluar pendek khas( (jaga diri dan tidak melakukan perbuatan tidak bermoral
4 larangan bagi penganut Sikh
1) tidak dibenarkan potong @ cukur sebarang rambut di mana mana bahagian badan
2) tidak boleh memakan daging kecuali yang dipotong secara Jhatka (pancung)
3) tidak boleh minum arak, menghisap dadah
4) tidak boleh berzina
Perayaan Agama Sikh
Vaisakhi dirayakan pada 14 April
Perayaan sempena mengingati Persaudaraan orang Sikh oleh Guru Gobind Singh (1 daripada 10 orang Guru Nanak)
Aktiviti sosial orang Sikh di Gurdwara ialah pameran sejarah Sikh, pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, dialog agama, kempen derma darah dan lain-lain
8.3.6 Agama Confucianisme
Falsafah yang diasaskan oleh Confucius di China
Confucius dibentuk sebagai patung dan akhirnya disembah sebagai seorang dewa walaupun dia adalah manusia
Confucius terkenal setelah mengajar manusia falsafah kehidupan dan menyelesaikan masalah manusia (pakar rujuk rakyat China hingga amahraja) sedangkan dia berusia 20an tahun
Menulis buku berjudul Analekta
mementingkan akhlak mulia dan hubungan baik antara manusia di langit (roh nenek moyang) dengan manusia di bumi (mereka yang masih hidup) dan falsafah pendidikan
8.3.8 Animisme
Melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi
Tiada kitab rujukan, tiada pengkhususan dewa @ dewi untuk disembah (bergantung kepada unsur alam yang dianggap kuat @ luar biasa dalam lingkungan budaya dan kehidupan mereka)
Dianuti Animisme beranggapan semua benda dan objek boleh berfikir dan berperibadi seperti manusia
Penganut Animisme percaya ruh orang mati telah bebas ke alam semesta sebagai makhluk halus
mereka juga mengamalkan upacara 'pengorbanan' untuk ruh (spirit) @ semnagat untuk pembaikan kehidupan mereka
8.3.7 Agama Taoisme
Diasaskan oleh Lao Tze yang turut berbentuk falsafah
Saran manusia tarik diri dari kehidupan duniawi
hentikan perasaan tamak dan nafsu yang mendorong manusia bertindak kurang bijak
menghasilkan buku-buku terkandung sajak warisan terkenal