Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2 FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN - Coggle Diagram
TOPIK 2 FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN
PENGENALAN
ETIMOLOGI FALSAFAH - berasal daripada perkataan Yunani
"philien"-cinta,kaji atau hargai
"philos"- cinta
"sophia"-hikmah, kearifan, kebijaksanaan atau kebenaran
"philosophy"- cinta terhadap ilmu pengetahuan
ILMU FALSAFAH
Pengertian umum falsafah
:pencil2: falsafah boleh didefinisikan sebagai usaha ke arah mencintai, mencari, mengkaji dan menanggapi sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaannya untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan yang hakiki
Terminologi- menurut Plato(427-347 s.m) :pencil2: "falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada"
Menurut al-Farabi (870-950 H.) :pencil2: "falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar"
ALIRAN ILMU FALSAFAH
Teoritikal (Nazariyyah)
Falsafah teoritikal atau Nazariyyah ialah bertujuan untuk mencari kebenaran yang merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan tentang manusia, Tuhan dan alam yang merangkumi bidang pengkhususan seperti metafizik,logik dan matematik.
Praktikal (Amaliyyah)
Falsafah praktikal atau Amaliyyah bertujuan mencari kebahagiaan hidup merujuk kepda aktiviti menghayati ilmu-ilmu seperti tentang manusia,Tuhan dan alam. Falsafah praktikal ini falsafah yang bersifat aplikasi yang boleh digunakan dalam disiplin ilmu tertentu seperti falsafah politik, falsafah ekonomi, dan falsafah sosial. Contohnya membincangkan tentang sesuatu bidang yang melibatkan aplikasi seperti apakah dimaksudkan dengan keadilan ekonomi? Contohya, fahaman ekonomi komunisme-Marxism diasaskan Karl Marx yang merupakan seorang ahli falsafah.
Falsafah Baru
Falsafah Teknologi
:pencil2: munculnya teknologi baru dengan revolusi industri yang memberi impak dalam kehidupan manusia. cth: penciptaan robot, nuklear dan sebagainya
Falsafah alam sekitar
:pencil2: merujuk kpd persoalan-persoalan dasar tentang alam sekitar. kenapa ia wujud? kerana wujudnya masalah alam sekitar yang membebaskan krisis-ecological crisis-.
Manusia dan alam ini adalah ciptaan Tuhan yang membuktikan kewujudanNya, ianya tempat kita bernaung dan menjalinkan hubungan secara harmoni, maka manusia akan lebih beretika dengan alam sekitar (ecofriendly environment).
Falsafah Timur
:pencil2: ada perdebatan sama ada iaditerima sbg ilmu falsafah di Barat - ada yang berpendapat ia adalah cara masyarakatTimur membentangkan pandangan alam mereka. Falsafah seharusnya tidak disempatkan kpd paksi barat (eurocentric) semata-mata
KATEGORI ILMU FALSAFAH
ONTOLOGI
Contohnya teori kewujudan iaitu bidang kajian falsafah yang mencakupi permasalahan seperti metafizik, kosmologi, matematik dan ilmu kemanusiaan
EPISTEMOLOGI
Epistemology ialah teori ilmu iaitu kajian tentang asas,matlamat, sumber dan ciri-ciri ilmu pengetahuan.
AKSIOLOGI
Teori nilai yang merangkumi aspek seperti logik yang membahaskan pendapat benar atau salah, etika iaitu perbahasan teentang tingkah lakubenar atau salah dan estetika iaitu perbahasan tentang nilai kecantikkan,keindahan dan kesenian