KAEDAH-KAEDAH
PENTAKSIRAN BAHASA
PENTAKSIRAN FORMAL
PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL
Pentaksiran Formatif
Penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan satu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan. (Hanna Gerald dan Dettmer Preggy A, 2004)
Pentaksiran Sumatif
Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran.
Bertujuan untuk menentukan gred atau taraf sijil iaitu penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksananakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
Dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar.
Penilaian yang dilakukan secara berterusan diaitu sepanjang PdP untuk nilai keberkesanan PdP guru kepada murid bagi setiap tajuk yang diajar.
Penilaian Kefasihan
Kamarudin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa ujian kefasihan digunakan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Berfungsi untuk menilai kebolehan umum berbahasa seseorang murid.
Dapat mengetahui penguasaan kemahiran bahasa Melayu secara menyeluruh dan menempatkan murid mengikut kumpulan serta tahap pengetahuan murid.
Penilaian Kemajuan
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) mendefiniskan ujian kemajuan sebagai ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja.
Berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji.
Bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara yang diajar mengenai sesuatu tajuk.
Ujian Bakat
Ujian untuk mengukur prestasi yang mungkin dapat dicapai oleh murid dalam pelajaran atau bahasa asing yang akan dipelajari.
Ujian yang melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, dan kosa kata seperti ujian kemasukan ke maktab, universiiti, program latihan tertentu dan ujian pemilihan melakukan pekerjaan tertentu.
Bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi dan guru dapat mengenalpasti murid-murid yang berbakat serta berpotensi untuk mempelajari bahasa dengan cepat.
Ia lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid dalam bilik darjah yang berasaskan tingkah laku, emosi dan kognitif.
Temu Bual
Senarai semak dan skala pemeringkatan
Rekod Anekdot
Hasil kerja pelajar
Pemerhatian
Guru memerhatikan tingkah laku pelajar didalam kelas yang meliputi aspek kognitif dan psikologi.
Merupakan satu rekod peristiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.
Senarai tingkah laku yang djangka oleh murid daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 ditentukan terlebih dahulu kemudian guru akan menyemak prestasi pelajar berdasarkan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu.
Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja dari segi sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.
Melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid.
Murid diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka yang dapat mengambarkan sikap mereka.
Guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis semasa berinteraksi.
Guru memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Seterusnya, tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian, guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.
Dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan jomunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Penilaian melalui projek
Merangkumi aspek kecekapan linguistik, muzik, kecekapan interpersonal dan intrapersonal.
Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Winggins, 1989)