Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cabaran yang perlu dihadapi
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk…
Cabaran yang perlu dihadapi
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
- Penghijrahan pensyarah (brain drain)
Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.
Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.
Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini
- Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan2
Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar
Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.
- Peperiksaan Mengikut Keupayaan
-Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.
-Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.
-Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.
-Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik
-Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.
-Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab
-Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.
-Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.
-Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.
-Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.
-Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.
-Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis
-