Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLAKSANAAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM - Coggle Diagram
PERLAKSANAAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KURIKULUM DAN REFORMASI PENDIDIKAN
Perubahan sistem pendidikan yang sedia ada kepada yang lebih mantap dan sempurna.
Melibatkan perubahan dasar, matlamat dan sistem pendidkikan termasuk kurikulum.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, kemudian memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1982 diikuti dengan Kurikulum Baru Sekolah Menengah 1988.
Perkenalkan Kurikulum Bersepadu selaras dengan FPK dan Wawasan Pendidikan 2020.
PERUBAHAN KURIKULUM
Sekolah Bestari mula diperkenalkan pada tahun 2000 dengan mengaplikasikan teknologi ICT.
Bermula tahun 2003, semua pelajar Tahun Satu diperkenalkan dengan mata pelajaran Sains.
Media pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Reformasi KBSR diteruskan hingga 2008 apabila UPSR dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
KURIKULUM DISEMAK SEMULA 2003 (FORMAT BARU)
Mata Pelajaran Baru diperkenalkan seperti Pengajian Keushawanan, Pengajian Agroteknologi, Pengurusan Makanan, Pengajian Pakaian, Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Katering & Penyajian, Landskap & Nurseri dan Tanaman Makanan.
Beberapa subjek mula menggunakan dwibahasa.
Bagi UPSR, subjek Matematik dan Sains.
Bagi PMR, subjek Matematik dan Sains.
Bagi SPM, subjek Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan
KURIKULUM DISEMAK SEMULA 2004
Mata Pelajaran Baru diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris Sains dan Teknologi, Produksi Bahan Multimedia, Grafik Berkomputer, Fundamental of Programming dan Programming and Developmental Tools.
Beberapa subjek mula menggunakan dwibahasa seperti Teknologi Maklumat, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Matematik.
PERANAN GURU
Guru perlu menghayati perubahan kurikulum dengan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran dalam melaksana dan mentafsir kurikulum dengan berkesan.
Guru perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mengendalikan pembelajaran pelajar pelbagai kebolehan.
Guru perlu mentafsir, merancang dan melaksanakan kurikulum seterusnya menilai dan mengubahsuai mengikut kehendak dan perubahan semasa.
PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN
Menyerapkan nilai murni.
Penguasaan kemahiran asas secara betul, jujur dan bertanggungjawab.
Kemahiran disusun semula dari asas kepada kompleks dengan integrasikan penyelesaian masalah.
Sukatan pelajaran disusun semula mengikut perubahan susunan kemahiran.
Amalan perdagangan diserapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan pada 1994.
GURU SEBAGAI PENTAFSIR KURIKULUM
Bahan pembelajaran yang sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif.
Sesuai dengan kriteria nilai moral dan kehendak masyarakat.
Disusun mengikut urutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak berlandaskan psikologi, logikal dan sistematik.
Bahan yang berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran termasuk teknologi maklumat.
Memahami dan mentafsir sukatan dengan baik dan berkesan.