Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPAK GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN - Coggle Diagram
IMPAK GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)
usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bermula pada bulan Jun 2015 dengcin kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah.
MATLAMAT PROGRAM
Kualiti Pengajaran & Pembelajaran
Penglibatan Komuniti
Kepimpinan sekolah
KONSEP PROGRAM
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
Komitmen komuniti yang padu.
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Elemen Kemenjadian Murid:
murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional
Elemen Sekolah Berkualiti:
perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Kepentingan
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Perbezaan PBD & PBS
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Pelaksanaan
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA
Meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran melalui keindividuan dan kesepunyaan
Menghubung murid dengan "dunia sebenar"
Penentu utama pembelajaran bermakna adalah
pemerolehan kompetensi baharu
Dapat menggerakkan kecemerlangan dan ekuiti
untuk semua
Penerapan nilai kerohanian/murni
Menekankan perubahan dalam budaya
Membina kemahiran, pengetahuan, keyakinan diri,
dan efikasi kendiri melalui inkuiri
Pembelajaran Bermakna 6C
Memanfaatkan Kemudahan Digital
Mendorong murid menggunakan teknologi digital
Persekitaran Pembelajaran
Interaktif & berpusatkan murid
Amalan Pedagogi
Reka bentuk tugasan dan proses pembelajaran menggunakan model yang terbukti melalui penyelidikan
Rakan Pembelajaran
Pendorong Pembelajaran
PERKEMBANGAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
mengadakan smart class room perlu diperluaskan tidak kira di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi
Kesan Positif
Guru dapat meneroka pelbagai kemahiran
Seiring dengan PPPM dan setaraf dengan pendidikan dunia
Menarik minat pelajar untuk kekal fokus semasa pdp
automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud .
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.
Kesan Negatif
Kebergantungan terhadap penggunaan tekno terlalu tinggi akan menyebabkan penghayatan nilai terabai
Kemampuan dan kesediaan negara yang belum menunjukkan bersedia
semua pihak guru, sekolah dan murid terpaksa berdepan dengan kos yang tinggi