Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Burung Terbang Dipipiskan Lada, Latar masyarakat, Nilai, Persoalan,…
-
-
Nilai
Kebijaksanaan: Sultan Muzaffar Syah bertindak dengan bijaksana untuk memulihkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja Tun Perak demi menjaga keharmonian dan keamanan dalam negeri.
Kerjasama: Paduka Raja dan Seri Nara Diraja bekerjasama untuk mengusir angkatan Siam yang mahu menyerang Melaka.
Ketaatan: Tun Perak dan para pembesar negeri Melaka sangat taat akan pemerintah, iaitu Sultan Muzaffar Syah dan patuh akan pemerintah baginda
Keadilan: Sultan Muzaffar Syah pemerintah yang adil dan saksama. Baginda tidak terburu-buru mempercayai setiap aduan, sebaliknya menyelidik kewajaran tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak.
Tanggungjawab: Sultan Muzaffar Syah bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan negeri Melaka daripida serangan musuh dan daripada persengketaan antara para pembesar.
-
-
Watak dan perwatakan
1)Sultan Muzaffar Syah (watak utama) Sultan Muzaffar Syah ialah pemerintah negeri Melaka. Baginda tegas dalam mentadbir negerinya. Dia seorang yang berpandangan jauh. Baginda adil dalam pemerintahannya. Baginda seorang yang bidjaksana.
Seri Nara Diraja -Beliau merupakan pembesar Melaka dan memegang jawatan sebagai penghulu bendahari. Beliau mempunyai seorang anak perempuan bernama Tun Putih yang berkahwin dengan Raja Abdullah. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dengan seorang gundik, iaitu Tun Nina Madi. Seri Nara Diraja sering berselisih pendapat dan tidak sepakat dengan Paduka Raja. Walaupun sudah tua, beliau berkahwin dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan yang juga Saudara Paduka Raja.
2)Tun Perak (Bendahara Paduka Raja) -Pada permulaan cerita, Tun Perak ialah pemimpin yang mengetuai orang-orang Kelang untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Siam. Beliau dilantik oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai pembesar negeri selepas Melaka berjaya menewaskan angkatan perang Siam. Kemudian, beliau dilantik pula sebagai Perdana Menteri. Dia seorang yang amanah dalam menjalankan tugas. Dia seorang yang taat akan pemimpin. Dia seorang yang bijaksana. Dia seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan.
Tema
Tema prosa tradisional ini ialah kepintaran seorang raja yang berusaha untuk menyelesaikan perselisihan dalam kalangan para pembesar di negeri baginda. Setelah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai pembesar dengan gelaran Paduka Raja, sering berlaku perselisihan pendapat antara Paduka Raja dengan pembesar terdahulu, iaitu Seri Nara Diraja. Penyelesaiannya baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu yang merupakan saudara Paduka Raja. Hasilnya, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja bertambah baik.
Plot
Permulaan-Raja Siam, iaitu Bubunnya hendak menakluk negeri Melaka. Setelah diketahui oleh Sultan Muzaffar Syah, rakyat jelata berhimpun di Melaka untuk berperang dengan angkatan Siam. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, kecuali orang-orang Kelang yang diketuai oleh Tun Perak membawa anak isteri bersama-sana mereka. Tujuan Tun Perak berbuat demikian bagi memberi semangat kepada orang-orangnya supaya mereka berjuang dengan sepenuh hati.
Perkembangan -Setelah Melaka memenangi pertempuran itu. Tun Perak dilantik oleh Sultan sebagai pembesar negeri. Sultan mendapat aduan tentang rasa tidak puas hati seorang daripada rakyat tentang Tun Perak. Jawapan Tun Perak memperlihatkan keperibadiannya dan ketokohannya lalu baginda melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri dengan memberi gelaran Paduka Raja.
Konflik Paduka Raja dan Seri Nara Diraja sering berselisih pendapat. Rakyat juga berpuak-puak apabila sesetengahnya menyokong Paduka Raja dan sesetengah yang lain menyokong Seri Nara Diraja. Sultan berasa bimbang lalu mencari akal untuk mengatasi kemelut itu
Klimaks- Baginda mencadangkan Seri Nara Diraja yang sudah lama kematian isteri berkahwin semula. Baginda menceraikan Tun Kudu lalu mengahwinkannya dengan Seri Nara Diraja bagi merapatkan hubungan antar Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Hal in demikian kerana Tun Kudu mempunyai pertalian saudara dengan Paduka Raja. Tindakan baginda itu ternyata berhasil. Pada waktu yang same, sekali lagi angkatan Siam hendak menyerang Melaka. Baginda memerintahkan Paduka Raja membuat persiapan dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja. Dengan kebijaksanaan Paduka Raja, tentera Siam terpedaya lalu berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.
Peleraian -Bubunnya berasa marah kerana gagal menakluk Melaka. Puternya, iatu Cau Pandan merancang untuk pergi ke Melaka bagi mengetuai angkatan perang. Rancangan itu diketahui oleh Sultan. Secara kebetulan, Sidi Arab, iaitu seorang alim yang keramat menawarkan bantuan untuk menghalang serangan itu. Secara tiba-tiba, Cau Pandan jatuh sakit lalu mati.