Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Personaliti dan Konsep Kendiri - Coggle Diagram
Personaliti dan Konsep Kendiri
Definisi dan Konsep
Allport (1961)
- personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal dalam diri seseorang yang membentuk tingkah laku dan pemikiranya.
Personaliti asal dari perkataan latin iaitu persona yang bermaksud topeng yang kita pakai
Personaliti boleh menyebabkan seseorang bertindak secara konsisten sepanjang masa dlm situasi berbeza.
Teori-teori Personaliti
Teori Tret
Tingkah laku seseorang yang agak stabil merentas masa dan situasi.
Setiap manusia memiliki tret-tret personaliti berbeza
Tret personaliti merupakan sifat yang agak stabil dan boleh diramal
Teori Psikodinamik
- tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar, iaitu terdapatnya konflik dalaman, dorongan, kemahuan dan motif yang tidak disedari.
Teori Taipologi
- (Sheldon) menyetakan terdapatnya hubungan rapat antara bentuk badan fizikal dengan temperamen dan tingkah laku seseorang.
Teori Humanistik
- keupayaan minda manusia yang merupakan satu-satunya kurniaan pencipta untuk membezakan manusia dengan makhluk yang lebih rendah kesedaran diri, pemikiran, persepsi dan personalitinya.
Teori Sosiokognitif
- mengkaji pemikiran dan emosi pada tahap sedar manusia dan faktor- faktor yang mengarahkan tingkah laku mereka.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Personaliti
Persekitaran
- Faktor persekitaran yang mendorong pembentukan personaliti seseorang ialah asuhan keluarga dan faktor sosial.
Baka
Faktor fizikal seperti rupa paras, warna kulit, berat badan, bentuk badan dan tahap kesihatan.
Sistem saraf merupakan respon semula jadi /biologi yang mempengaruhi keupayaan motor
Temperamen- sama ada tenang atau agresif
Konsep Kendiri
(
Rojers)
- konsep kendiri: konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal.
Konsep Kendiri Negatif
Cepat putus asa, tidak puas hati dan menarik diri.
Pasif, tidak bersedia untuk bersosial atau bekerja sama dengan orang lain.
Harga diri rendah, menunjukkan muka muram, hanya cuba perkara yang senang kerana takut gagal.
Beranggapan buruk dan fikiran yang sempit
Tidak yakin tentang kebolehan diri bergaul dengan kanak-kanak yang lenih muda atau kurang bijak daripadanya.
Tidak gembira, muram, mudah tersinggung pada nasihat dan kritikan.
Personaliti tidak seimbang dan mempunyai inferiority complex
Tidak diterima oleh rakan sebaya.
Kendiri merupakan ramuan utama dalam perkembangan personaliti seseorang.
Konsep Kendiri Positif
Sayang dan menerima dirinya
Berfikiran positif, bertanggungjawab terhadap pilihan dan tindakan yang dibuat.
Kenali ciri-ciri dan potensi dirinya dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri, mempunyai keyakinan diri yang tinggi jujur tentang diri
Tenang dan bersedia menghadapi cabaran
Personaliti yang seimbang dan harmonis
Bertimbang rasa dan berfikiran terbuka.
Bersedia menerima nasihat, kritikan dan pandangan
Mudah bergaul dengan orang lain.