Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH - Coggle Diagram
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH
FAKTOR YG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Struktur sosial
Agama
Bahasa
Kepercayaan, adat resam
Bangsa
KONSEP SOSIOBUDAYA
ISU KETIDAKSAMAAN AKIBAT DRPD KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Layanan guru
Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada yang terpinggir.
jantina & kaum
Murid daripada kaum dan jantina berlainan harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi akan lebih terbuka dan luas
Bahasa
Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan berlakunya dialek bahasa yang berbeza yang akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah
Pencapaian akademik
kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI
Profesion
Guru merupakan salah satu profesion yang penting dalam membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang melibatkan pendidikan formal iaitu sekolah. Dalam konteks ini, guru merupakan agen yang lebih berautoriti dan lebih dekat dengan pelajar selepas keluarga, sekali gus dapat memberi impak yang lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah.
Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.
Amalan & tingkahlaku
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
Guru juga perlu menjadi suri teladan (qudwah hasanah) untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid. Sekolah menjadi institusi penting untuk memupuk perpaduan dan juga penghayatan nilai. "Action is louder than word".
Asas penting dalam pembentukan tingkahlaku murid adalah dengan membina hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam sekolah atau kelas
Guru perlu mempunyai kemahiran strategi tertentu untuk membolehkan murid membuat pilihan tingkahlaku yang dapat meningkatkan peluang pembelajaran untuk diri sendiri.
uru berperanan untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuhkan perpaduan dan jati diri.
Peribadi
mengajak pelajar-pelajarnya untuk sama-sama berfikir, berbincang dengan memberikan pendapat-pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu perkara atau masalah.
Guru yang prihatin akan sentiasa mengambil berat tentang pelajarnya.
menunjukkan ciri-ciri teladan dan peribadi yang baik kepada pelajar
Guru akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajarnya dalam mencapai kejayaan dalam hidup dan pelajaran.
Guru bijak menggunakan kaedah yang dapat mempengaruhi pelajar yang bermasalah berubah menjadi seorang pelajar yang positif dan berdisiplin
Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai satu proses dimana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain tentang cara berfikir, merasakan dan bertindak.