Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Impak Globalisasi Terhadap Hala Tuju Sistem Pendidikan Di Malaysia -…
Impak Globalisasi Terhadap Hala Tuju Sistem Pendidikan Di Malaysia
Definisi IR 4.0
Sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik (Shukri Mohamad 2020)
Morrar, Arman & Mousa(2017) dalam Shukri Mohamad (2020): proses peralihan industri dari IR3.0 ke IR 4.0 dikenali sebagai "smart factory", setiap sistem diimplementasikan adalah lebih fleksibel dan sistematik serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru yang lebih mencabar.
Revolusi yang didasarkan dengan penemuan pelbagai teknologi baharu yang menggunakan analisis, robotik, cloud internet of Things(IoT) dan pelbagai teknologi lain (Noor Azizah 2019).
Impak IR 4.0 Terhadap Hala Tuju Sistem Pendidikan Terkini Malaysia
Budaya Inovasi
MUrid dan mahasiswa perlu memanfaatkan kemudahan ICT dalam pembelajaran untuk menjadi seorang yang berdikari, berinovatif dan kreatif.
Pembelajaran Yang Fleksibel
Pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua guru serta murid berada dengan adanya kemajuan ICT dan perkomputeran.
Kemahiran Abad ke 21
Penguasaan elemen 4C: Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration & Creativity
Pembelajaran Menggunakan Teknologi Digital
Guru menggunakan LCD untuk pengajaran & pembelajaran, memperdengarkan audio, memaparkan video untuk menarik miinat murid.
Dokumen PPPM 2013-2025 (Kearah Kemenjadian Murid)
Anjakan Kedua: Memastikan murid menguasai kemahiran berbahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
KPM memperluaskan program LINUS supaya meliputi bahasa Inggeris, Kurikulum Bahasa Malaysia diperkenalkan pada peringkat rendah. Murid digalakkan untuk menguasai bahasa lain.
Anjakan Ketiga: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
Murid perlu memiliki nilai sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika & agama. KPM memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral & Sivik. Pedagogi Pendidikan Islam & Moral disemak semula dan ditekankan aktiviti peranan, simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil
Anjakan Pertama: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Murid perlu mampu menganalisis maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. KBAT ditekankan. KPM mewujudkan KSSM & KSSR
Peranan Guru Sebagai Penggerak Utama
Mengaplikasikan ICT dalam pengajaran & pembelajaran kerana dengan pengaplikasian ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan membantu murid untuk mudah faham.
Menekankan pengajaran & pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran & pembelajaran untuk menarik minat murid.