Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MOBILITI SOSIAL & PERUBAHAN PENDIDIKAN - Coggle Diagram
MOBILITI SOSIAL & PERUBAHAN PENDIDIKAN
FAKTOR YG MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL
Perubahan tempat tinggal
Tempat tinggal atau rumah kediaman juga boleh menaikkan status sosial sesorang. Contohnya jika dia berpindah dari rumah lama yang kecil ke rumah baru yang besar dan cantik ataupun mengubah suai rumah sedia ada menjadi sebuah rumah banglo yang indah dan cantik dipandang. Ini secara tidak langsung meningkatkan taraf sosial dirinya.
Perubahan tingkah laku
Bagi menaikkan taraf sosial sesorang akan berusaha mengubah tingkah laku. Malahan juga penampilan, cara berpakaian, cara membawa diri dikalangan masyarakat juga akan diusahakan agar dipandang tinggi. Contoh : supaya dilihat dari kelas atasan, sesorang sanggup menjaga penampilannya sehabis baik, memakai pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik.
Faktor Perkahwinan
Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat dilakukan melalui perkahwinan. Contohnyasesorang wanita yang berasal dari keluarga sangat sederhana berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga kaya dan dihormati masyarakat. Perkahwinan ini dapat menaikkan status wanita tersebut
Faktor pekerjaan
Contohnya penukaran ke profesion baharu antara jabatan, dalam organisasi ataupun dalam sektor atau jenis pekerjaan yang sama boleh menyebabkan mobility sosial berlaku dalam kalangan seseorang
Faktor pendapatan
Perubahan taraf hidup hasil Peningkatan dalam pendapatan atau pencapaian tanpa menukar status seseorang secara automatik, tetapu menyebabkan peningkatan dalam taraf hidup seseorang
KONSEP & JENIS MOBILITI SOSIAL DI MALAYSIA
satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Jenis mobiliti sosial
Mobiliti bercorak mendatar
Mobiliti mendatar ialah perubahan kedudukan sosial seseorang dalam kelas sosialnya tanpa perubahan dari segi hieraki, prestij dan jenis kelas sosialnya. Contohnya, pertukaran pekerjaan dari yang separuh mahir kepada yang mahir.
Mobiliti bercorak menegak
Mobiliti menegak pula ialah perubahan di antara
kelas-kelas atau status seseorang individu atau masyarakat, samada dari yang ke atas atau ke bawah, yang melibatkan kenaikan atau penurunan status atau martabat seseorang individu.
Mobiliti dalam satu generasi
seseorang yang dahulunya dalam sesuatu strata sekarang telah berubah, sama ada meningkat atau menurun (orang atau generasi yang sama)
Mobiliti antara generasi
perubahan kedudukan generasi anak-anak berbeza dengan kedudukan ibu bapa (boleh menurun atau meningkat menegak)
KESAN MOBILITI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN
POSITIF
keluar daripada arus kemiskinan dan meningkatkan kedudukan sosial mereka dalam struktur sosial masyarakat.
Masyarakat mampu beradaptasi dengan perubahan persekitaran, bertindakbalas dengan ruang lingkup kehidupan komuniti dan mahir dalam berurusan dengan perubahan struktur sosial masyarakat
Dapat membangunkan kemahiran komuniti melalui ilmu pengetahuan
Pendidikan juga membantu seseorang itu untuk berniaga dan menguruskan kewangan dengan bijak dan sistematik.
Kecemerlangan dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan mobiliti sosial dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan taraf hidup keluarga
NEGATIF
Berlaku konflik
Apabila berlakunya perbezaan, penguasaan dan pemaksaan antara kelas dan kelompok sosial serta generasi, hal ini boleh menyebabkan konflik.
Ketirisan peluang peningkatan hidup
Pergaulan antara kelas dan kelompok sosial yang sama tidak merangsang mobiliti mendatar menjadi mobiliti menegak menaik.
Tekanan emosi
Mobiliti menegak ke bawah akan menyebabkan tekanan emosi kepada seseorang.
PERUBAHAN PENDIDIKAN SEMASA
iklim sekolah
1- Keadaan sekolah yang tenang
3- Keadaan sosial di sekolah mempengaruhi orang yang ada di dalamnya (Howard 1974)
4- Mengambarkan Personaliti seseorang (Halpin&Croft 1963)
Pusat perkembangan Kurikulum (1981)-Suasana sekolah yang baik.
pembelajaran bermakna
Menggerakkan kecemerlangan & ekuiti utk semua
Pemprolehan kompetensi baharu
Menekankan perubahan dalam budaya
Menghubung murid dnegan dunia sebenar
Penerapan nilai/ kerohanian
Membina kemahiran/ keyakinan diri, pengetahuan & efikasi kendiri melalui inkuiri
Aspirasi murid
1) Kemahiran berfikir
2) Kemahiran memimpin
3) Pengetahuan
4) Kemahiran Dwibahasa
5) Etika dan kerohanian
6) Identiti Nasional
Transformasi pendidikan
Transformasi mengandungi makna perubahan yang biasanya menyebabkan perubahan dalam bentuk atau corak yang jelas. ia berlaku secara berperingkat dan bertahap, bukan radikal tetapi berjalan mengikut perancangan yang telah dibuat. dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan membangun menjelang tahun 2020 maka agenda transformasi menjadi salah satu tunjang yang sangat penting. Transformasi dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai modal insan yang cemerlang dalam semua bidang
Inovasi pendidikan
Definisi Inovasi: Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu
Kemampuan membina transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik