Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan terhadap MBK di bilik…
Strategi dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan terhadap MBK di bilik darjah inklusif
Lewat perkembangan
Strategi pembelajaran materi/ bahan: guru memastikan semua murid menguasai topik pembelajaran dan murid berusaha menguasai topik melalui bahan pembelajaran, aktiviti berkumpulan atau penerokaan kendiri.
Kaedah dan teknik mengajar (permainan):
kaedah dah teknik permainan amat digalakkan kerana sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain.
Pnedekatan induktif: Guru berperanan penting dalam mendedahkan murid dengan bahan-bahan pembelajaran yang dapat membantu mereka memahami sesuatu konsep
Autistik
Strategi dan kaedah
Kiu masa (Jangkaan masa)
Kiu visual
Modelling
Sensory break
Peneguhan
Pembelajaran berstruktur
Pembelajaran mediatif
Guru pendamping
Penggunaan Picture Exchange Communication System (PECS)
Masalah pembelajaran
Straetegi dan kaedah
Menggunakan arahan ringkas serta ayat yang pendek dan jelas, tulis atau lukis gambar ketika memberi setiap penerangan atau arahan sekiranya perlu.
Kaedah pengulangan atau latih tubi boleh digunakan bagi mengukuhkan penguasaan 3M dan keupayaan masteri.
Memastikan murid memberi perhatian semasa guru memberi penerangan dan arahan contohnya dengan menyebut nama murid tersebut.
Perkenalkan pasangan (buddy/rakan inklusif) dalam kalangan rakan sekelas bagi membantu mereka membaca, memahami dan melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Pasangan buddy/rakan inklusif ini perlu terdiri daripada
Menyediakan aktiviti berbentuk langkah-langkah kecil dan rangka kerja untuk menggalakkan pencapaian objektif pembelajaran.
Memeriksa pemahaman murid secara berkala dengan cara menggalakkan murid menerangkan aktiviti yang sedang atau telah selesai dilakukan.
Menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada (sebagai contoh, menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan aktiviti seharian atau pengalaman yang pernah dilalui)
Menggunakan minat dan kekuatan murid dalam merancang aktiviti atau menentukan peneguhan positif yang sesuai untuk murid
Hiperaktif
Strategi dan kaedah
a. Memberi kiu atau signal melalui bunyi atau aktiviti untuk menandakan permulaan sesi PdP atau aktiviti setiap kali sesi akan dimulakan.
b. Menyenaraikan aktiviti PdP di papan putih sebelum memulakan kelas.
c. Memberitahu murid apa yang perlu dicapai dan bahan yang diperlukan dalam sesi PdP pada setiap permulaan sesi.
d. Sentiasa kekalkan pandangan mata dengan murid bagi mengekalkan tumpuannya terhadap PdP.
e. Menggunakan lebih banyak bahan bantu belajar (BBB) secara visual seperti carta, gambar dan kod warna.
f. Menyediakan ringkasan nota bagi memudahkan murid menyalin nota dengan teratur semasa guru mengajar.
g. Pelbagaikan aktiviti PdP yang melibatkan pergerakan badan dan permainan.
h. Sentiasa ingatkan murid untuk tumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan seperti melalui sentuhan badan atau memberi murid nota kecil.
i. Memberi kelonggaran untuk murid berehat beberapa kali atau apabila perlu.
Pintar cerdas
menggunakan kaedah dan strategi pembelajaran yang berbeza-beza pada setiap kelas
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mencabar supaya murid pintar cerdas tidak bosan
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak pintar cerdas ini ialah aktiviti pengayaan. Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri
Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai.