Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN MENGAJAR GURU KONTEMPORARI - Coggle Diagram
KEMAHIRAN MENGAJAR GURU KONTEMPORARI
SET INDUKSI
permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid
Contoh : Guru menayangkan video berkaitan tajuk dan menyoal kefahamn murid terhadap video tersebut
PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Merancang dan menulis nota atau tulisan, fakta, gambar rajah, konsep atau idea
Contoh : Guru menerangkan formula menjawab soalan matematik dengan sistematik dan langkah tertentu
VARIASI RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian guru
Contoh : Guru mengendalikan aktiviti pembelajran dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berbeza untuk setiap aktiviti seperti corak interaksi, penggunaan pelbagai deria dan perubahan tingkah laku murid
PENYOALAN
Contoh : Guru menyoal pengetahuan murid pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup dalam aktiviti pembelajaran
Mencungkil dan merangsang fikiran murid untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan
PENEGUHAN ATAU PENGUKUHAN
Digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasi baik dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
Contoh : Guru memberikan pujian, penghargaan, hadiah atau insentif apabila murid menjwab dengan betul atau menunjukkan nilai positif
PENERANGAN ATAU ILUSTRASI ATAU CONTOH
Proses memberikan kefahaman kepada murid secara terperinci dan teliti
Contoh : Guru merangkan cara berwuduk dengan langkah demi langkah secara terperinci dan teliti
PENGGUNAAN BAHAN SUMBER
Peralatan atau perkakasan dan bahan media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong proses pembelajaran
Contoh : Guru membawa pelajar melihat sendiri peta Malaysia untuk menentukan kedudukan sesebuah negeri itu
PENUTUP
Merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada murid
Contoh : Guru membuat kesimpulan dan rumusan ringkas untuk topik yang dipelajari