Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi & Kaedah Di Dalam Bilik Darjah Inklusif - Coggle Diagram
Strategi & Kaedah Di Dalam Bilik Darjah Inklusif
Masalah pembelajaran
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti Kebolehan Kognitif, Tingkahlaku Sosial atau Perkembangan Sosial, Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan ), Keupayaan Membaca, Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran Matematik
Autistik
Mereka hanya memilih mereka yang menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
mampu mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain.
Mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain
Murid murid autistik yang diinklusifkan mempunyai guru pembimbing dengan hubungan kolaboratif oleh NASOM iaitu badan bukan kerjaan khas untuk autistik
Melakukan pengajaran atau arahan berasaskan visual
Melakukan peraturan atau pengurusan tingkah laku secara berutin kerana murid autistik lebih sistematik
Lewat Perkembangan
Diterima melalui kelas pemulihan
Mempunyai guru Pendidikan Khas untuk membimbing murid ini.
Memberikan arahan yang pendek dan mudah.
penggunaan lembaran kerja yang menarik juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan kanak-kanak slow learner atau lembam
Intervensi pengurusan tingkah laku yang sesuai untuk mereka
Hiperaktif
Perhubungan Yang Terapeutik
Ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali kesan kehadiran dan perubahan dalam sesuatu aktiviti yang dimainkan. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berasa selamat dan percaya permainan yang dimainkan itu boleh dipraktis.
melibatkan diri murid murid tersebut secara aktif (Hands-On)
Penumpuan Secara Individu
Aktiviti secara individu dapat meningkatkan penumpuan berbanding kumpulan. Di mana kanak-kanak mungkin tidak dapat menapis banyak gangguan di sekelingnya.
Pintar Cerdas
Pengasingan- memberikan kurkulum yang khusus kerana mereka cepat bosan
Dapat belajar dengan murid perdana seperti biasa dalam beberapa subjek khusus kerana mempunyai pengetahuan yang tinggi
Membimbing pelajar lain membolehkan mereka kurang menunjukkan tingkah laku yang negatif