Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi Dan Kaedah Pengajaran Yang Sesuai Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah…
Strategi Dan Kaedah Pengajaran Yang Sesuai Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah Inkusif
Masalah Pembelajaran
Pengajaran secara berkumpulan menggunakan pengajaran seluruh bilik darjah, kumpulan kecil, secara berpasangan yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
Pendekatan induktif yang bermaksud guru menguasai sesuatu konsep dengan memberikan contoh-contoh yang spesifik. Melalui pendekan ini, guru mendedahkan murid dengan bahan-bahan pembelajaran yang membantu mereka memahami sesuatu konsep.
Strategi pembelajaran masteri di mana kaedah pengajaran dan muird berusaha menguasai topik melalui bahan pembelajaran, aktiviti atau penerokaan kendiri.
Autistik
Penggunanaan pengajaran auditori atau visual. Gaya pengajaran auditori menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan. Malah, pengajaran auditori dapat mengukuhkan ingatan murid dengan mendengar semula rakaman pita audio manakala kaedah visual menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat.
Kaedah pemudahcaraan menekankan peranan murid pembelajaran di masa guru haya berperanan sebagai fasilitator dengan cara mendidik, membimbing, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak. Kaedah ini menggalakkan murid supaya aktf dalam proses P&P.
Kaedah pengajaran permainan. Contoh permainan yang boleh dijalankan oleh guru adalah bercerita, demonstrasi, simulasi dan sebagainya. Kaedah ini sesuai kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain.
Lewat perkembangan
Kaedah peneguhan positif. Guru akan memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku yang baik. Pemberian positif akan membuatkan kanak-kanak berasa seronok menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pujian, tepukan, ganjaran dan sebagainya.
Penggunanaan pengajaran auditori atau visual. Gaya pengajaran auditori menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan. Malah, pengajaran auditori dapat mengukuhkan ingatan murid dengan mendengar semula rakaman pita audio manakala kaedah visual menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat.
Hiperaktif
Main sambil belajar. Kanak-kanak mencari pengetahuan dengan kaedah permainan. Melalui kaedah ini, ia mampu menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, permainan yang melibatkan fizikal, permainan bahasa dan sebagainya.
Kaedah simulasi. Kaedah ini memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan masing-masing untuk menyelesaikan masalah.
Penggunanaan pengajaran auditori atau visual. Gaya pengajaran auditori menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan. Malah, pengajaran auditori dapat mengukuhkan ingatan murid dengan mendengar semula rakaman pita audio manakala kaedah visual menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat.
Pintar cerdas
Pendekatan koperatif merupakan kepada murid. Pendekatan ini memerlukan murid berkerjasama menyelesaikan setiap tugas yang diberikan oleh guru. Oleh itu guru wajar menyediakan P&P yang tidak hanya menguji intelek murid malah menyentuh aspek perkembangan lain seperti bersosiolisasi, berkomunikasi, emosi dan tingkah laku.
Pendekatan inkuiri. Pendekatan ini berpusatkan murid yang memerlukan murid membuat penerokaan terhadap tugasan yang diberikan oleh guru. Pendekatan ini akan mencabar murid menjana pengetahuan mereka.
Kaedah pengajaran permainan. Contoh permainan yang boleh dijalankan oleh guru adalah bercerita, demonstrasi, simulasi dan sebagainya. Kaedah ini sesuai kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain