Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bukan Gila, Latar Masyarakat, Watak dan perwatakan, Nilai, Pengajaran,…
-
-
Watak dan perwatakan
Azmir(watak utama) -Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka dia tidak siuman akibat sering berguling-guling dan menghantukkan kepala ke lantai. Dia suka berfalsafah dan bersyarah. Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pengajian ke universiti dan memberikan pendapat yang bernas. Walau bagaimanapun, dia tidak menamatkan pengajian di universiti kerana terhalang oleh penyakitnya. Dia mempunyai kekasih bernama Ani tetapi akhirnya ditinggalkan apabila dikatakan gila. Dia meninggal dunia dan disahkan menghidap barah otak.
Bapa -Dia ayah Azmir. Dia mengambil berat terhadap Azmir dengan menziarahinya di wad. Dia kurang memberikan kasih sayang dan sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu bahawa anaknya itu menghidap penyakit kronik
Ibu -Dia emak Azmir. Dia tidak prihatin terhadap anaknya. Dia mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan meyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila. Dia kurang memberikan kasih sayang dan sokongan keran tidak tahu bahawa anaknya itu menghidap penyakit kronik
Arif- Dia pengarah drama "Sasau." Dia menjadi rakan baharu Azmir apabila Azmir tiba-tiba muncul di tempat dia dan rakan-rakannya berlatih drama. Dia seorang yang prihatin. Dia mengambil berat terhadap keadaan Azmir dan meminta ibu bapa Azmir membantu Azmir yang sedang menderita akibat sakit.
Nilai
Kebebasan: Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-siar.
-
Keprihatinan: Arif dan rakan-rakannya mengambil berat tentang keadaan Azmir dengan menziarahinya di rumah. Apabila mengetahui ketiadaan Azmir, mereka menceritakan perkara yang sebenar kepada ayah dan ibu Azmir
Kesihatan mental dan fizikal : Azmir sering berguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat terlalu sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila
-
Tema
Tema drama ini ialah penderitaan yang tidak tertanggung yang disalah anggap sebagai penyakit jiwa. Azmir mengalami kesakitan di bahagian kepala sehingga dia tidak mampu belajar mahupun bekerja. Apabila kesakitannya datang, dia akan berguling-guling dan menghantuk-hantukkan kepala sehingga disangka gila oleh keluarga lalu dihantar ke hospital sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan. Dia juga ditinggalkan oleh kekasihnya. Setelah dia mati, baru diketahui bahawa dia sebenarnya menghidap barah otak.
Persoalan
1)Sikap prasangka dan curiga 2)Kurang pengetahuan tentang penyakit barah otak 3)Kurang kasih sayang dan perhatian 4)Persahabatan
Plot
Permulaan- Amir berada di wad gila dan bercakap sendirian. Bayangan kekasihnya, Ani muncul. Azmir meminta Ami membawanya keluar tetapi Ani enggan kerana di situ juga ada bahagia.
Perkembangan- Bapa Azmir datung untuk menziarahinya. Azmir menuduh Bapa tidak menyayanginya kerana menghantar dia ke situ. Azmir bertegas mengatakan bahawa dia tidak gila. Selepas itu, Pak Haji pula menziarahi Azmir.
Konflik- Pak Haji terkejut apabila mendapat tahu Azmir menukar namanya kepada nama orang putih. Pak Haji menasihati Azmir supaya mengucap. Azmir pula mengatakan bahawa dia percaya kepada Tuhan tetapi tidak mempercayai manusia. Paka Hajia beredar apabila Azmir meraung kesakitan. Ani muncul lagi dan menyakinkan Azmir tentang cintanya. Azmir meragui kata-kata Ani itu. Doktor Razi membernarkanAzmir bersiar-siar kerana dia telah menunjukkan kelakuan yang baik. Ketika Arif dan rakan-rakannya menjalani latihan drama "Sasau", Azmir mencelah lalu menyertai perbincangan itu. Hujah dan pandangannya mengagumkan Arif dan rakan-rakannya. Kemudian, Azmir dan rakan-rakan berasa simpati dan mencuba untuk membantunya. Doktor Razi datang dengan para pembantunya untuk membawa Azmir pulang ke wad gila. Azmir tidak mahu dan meronta-ronta. Dia meminta tolong daripda Arrif dan kawan-kawannya. Arif menjelaskan bahawa penderitaan Azmir kepada Doktor Razi tetapi Doktor Razi mengatakan bahawa dia lebih mengenbali Azmir
Kilmaks- Arif dan kawan-kawannya berkunjung ke rumah Azmir tetapi Azmir tiada. Mereka berbual-bual denbgan ibu dan bapa Azmir tentang penderitaan yang ditanggung oleh pemuda itu. Ibu bapa Azmir percaya bahawa anak mereka kurang siuman kerana doktor mengatakan demikian. Arif dan rakan-rakannya mengatakan bahawa sikap Azmir begutu kerana kurang perhatian serta kasih sayang. Mereka memujuk ibu bapa Azmir agar memberikan sokongan kepada Azmir kerana dia sedang menanggung penderitaan yang sangat hebat.
Peleraian -Surat khabar menyiarkan berita kematian Azmir akibat barah otak. Ani yangg membaca berita itu terkejut dan berasa bersalah. Dia telah meninggalkan Azmir kerana menyangla pemuda itu gila. Kini, dia berasa sangat kesal.