Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia - Coggle Diagram
Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan
Definisi
Merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan.
Perlembagaan sesebuah negara melambangkan nilai-nilai
kebangsaan yang diutamakan di dalam negara.
Konsep
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi di sesebuah negara.
Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
Berperanan sebagai garis panduan pembetukan undang-undang.
Jenis perlembagaan
Perlembagaan bertulis
Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat atau buku.
Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis.
Perlembagaan tidak bertulis
Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat seperti adat resam, tradisi, dan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.
Contoh negara yang mengamalkan perlembagaan ini ialah United
Kingdom, New Zealand dan Israel.
Ciri-ciri perlembagaan
Kerajaan terbuka dan tidak dirahsiakan
Perkara yang tidak sulit hendaklah diumumkan supaya rakyat dapat bertindak.
Perbincangan di parlimen hendaklah diumumkan melalui media massa. Contohnya, pelanjawan negara.
Pembahagian kuasa.
Kerajaan memainkan dua peranan yang penting, sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang.
Perwakilan
Hendaklah dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat bagi mewakili mereka dalam persidangan ahli Parlimen.
Unsur-unsur tanggungjawab
Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat, segala permintaan rakyat adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan.
Rakyat berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Kestabilan dalam melaksanakan sesuatu perkara
Membolehkan rakyat mengetahui apakah hak-hak mereka.
Menggunakan hak-hak tersebut dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
Suruhanjaya Reid
Ditugaskan untuk merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berperlembagaan.
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain.
Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam.
Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi.
Antara perkara yang dipersetujui ialah:
Sebuah negara persekutuan terbentuk dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan negeri.
Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di Tanah Melayu.
Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
Agama Islam menjadi agama Persekutuan. Walau bagaimanapun, agama lain bebas diamalkan.
Kontrak Sosial 1948
Perkara dalam kontrak sosial
Melayu
Islam adalah agama persekutuan
Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan
Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan dominasi Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
Bukan Melayu
- Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli
Perihal kontrak sosial
Satu persetujuan yang dicapai di antara orang Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris
Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap elemen-elemen yang termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946
Peruntukan-peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin peranan dan ketuanan Melayu dalam proses politik negara.
Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris.
Merupakan proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu.
Menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia
Ciri-ciri: Berperanan menstabilkan sistem politik negara. Dilindungi di bawah Akta Hasutan.
Faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
Merangkumi (a) bahasa (b) agama (c) kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak (d) pemerintahan beraja
Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang.