Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Gerhana Manusia, Watak dan perwatakan, Tema, Persoalan, Plot, Latar, Nilai…
-
Watak dan perwatakan
1)Nusia (watak utama) -Nusia bertugas sebagai jururawat di wad Unit Rawatan Rapi. Dia seorang yang dedikasi terhadap tugasnya. Dia berusaha untuk merawat pesakit-pesakit yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi dengan sebaik-baiknya. Dia mudah beremosi. Nusia berani berhadapan dengan risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi apabila mengambil bekalan darah yang dikhususkan kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit lain.
Doktor Murni- Doktor Murni bertugas di wad Unit Rawatan Rapi: Dia seorang yang bertanggungjawab dan dedikasi terhadap tugasnya. Dia penyabar kerana tidak mudah melenting apabila diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan oleh Nusia. Dia berani bertentangan pendapat dengan Profesor Doktor Juaidi dan melepaskan jawatannya serta-merta demi memelihara nilai kemanusiaan.
3) Profesor Doktor Juaidi -Dia seorang pakar perubatan di wad Unit Rawatan Rapi. Beliau ketua kepada Doktor Murni dan Nusia. Beliau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya. Beliau seorang yang kasar dan pembengis. Beliau marah apabila arahannya tidak dipatuhi oleh orang bawahannya.
Tema
Tema cerpen ini ialah nilai kemanusiaan semakin terhakis kerana lebih mementingkan ganjaran. Profesor Doktor Juaidi hanya menumpukan rawatan kepada Tuan Besar Musa dan mengabaikan pesakit-pesakit lain kerana mempunyai kepentingan. Tuan Besar Musa merupakan ahli perniagaan dan penyumbang dana kepada kelab elit hospital, tempat dia dirawat. Profesor Doktor Juaidi bimbang jika Tuan Besar Muda meninggal dunia, tidak akan ada sumbangan untuk majlis makan malam gilang-gemilang kelab itu lagi..
Persoalan
1)Tanggungjawab ahil perubatan 2)Jangka hayat dan kematian seseorang di tangan Tuhan 3)Sikap pilih kasih dan ketidakadilan
Plot
Permulaan -Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang dalam keadaan koma tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.
Perkembangan -Jururawat, iaitu Nusia mempertikaikan perkara itu kerana menganggap satu pembaziran sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah. Doktor Murni menenangkan Nusia dan mengatakan bahawa itu merupakan arahan Profesor Doktor Juaidi.
Konflik -Nusia memberitahu Profesor Doktor Juaidi tentang keadaan pesakit lain yang juga memerlukan darah tetapi Profesor Doktor Juaidi tetap mahu Tuan Besar Musa diberikan keutamaan.nusia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Doktor Murni. Dia belas apabila melihat keadaan para pesakit yang terlantar tetapi tidak diberikan perhatian, seolah-olah nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi. Pihak hospital terlalu memandang ganjaran dan menjadikan perkhidmatan perubatan bagaikan satu perniagaan. Doktor Murni cuba menenangkan Nusia kerana mereka golongan minoriti dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.
Klimaks -Nusia bertindak nekad. Dia pergi ke Bank Darah dan mendesak juruteknik makmal melepaskan baki bekalan darah yang ada. Darah itu untuk kegunaan empat orang pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi. Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Doktor Juaidi yang marah akan tindakannya itu. Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan kehilangan lima pek darah yang sepatutnya diberi kepada Tuan Besar Musa. Doktor Murni melepaskan jawatan serta-merta kerana nilai kemanusiaan tidak wujud di hospital itu lagi.
Peleraian -Profesor Doktor Juaidi terkejut akan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni menarik tangan Nusia dan mengajaknya ke Bank Darah untuk menderma darah. Dia berharap agar bekalan darah dapat membantu persakit-pesakit lain
Latar
Latar masyarakat a)Golongan doktor dan jururawat
b)Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas
c)Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan
d)Masyarakat yang bersikap pilih kasih
Nilai
1)Dedikasi -Doktor Murni dan Nusia dedikasi terhadap tugas sebagai pengamal perubatan
2)Belas kasihan- Nusia berasa sangat belas kasihan terhadap nasib para pesakit yang berada dalam keadaan koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi
3)Keprihatin- Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal dan memerlukan darah, lalu berusaha untuk membantu mereka
4)Ketegasan -Nusia dan Doktor Murni tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor Doktor Juaidi dalam hal merawat pesakit kerana arahannya tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab
5)Keberanian- Nusia berani mengambil bekalan darah yang dikhususkan untuk Tuan Besar Musa demi menyelamatkan pesakit lain yang lebih memerlukan. Doktor Murni pula berani meletakkan jawatan kerana mahu menjadi doktor yang bersifat kemanusiaan.
6)Tanggungjawab -Nusia dan Doktor Murni merawat pesakit-pesakit yang koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi dengan penuh tanggungjawab
Pengajaran
1)Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab
2)Kita hendaklah merawat pesakit dengan ikhlas tanpa mengira status atau kedudukan
3)Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.
4)Janganlah kite membiarkan kezaliman berlaku tanpa sebarang tindakan untuk mencegahnya.
5)Janganlah kita melakukan pembaziran