Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Analisis Model Pembentukan Kurikulum: Model Produk dan Proses - Coggle…
Analisis Model Pembentukan Kurikulum: Model Produk dan Proses
PENGENALAN
Bidang pendidikan dan kurikulum tidak dapat dipisahkan.
Kurikulum meliputi keseluruhan aktiviti yang terdapat dalam sesuatu bidang pendidikan menuntut peranan yang holistik semua pihak yang terlibat dalam sistem tersebut (Abdul Rahim 2009).
Oleh itu, pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan perancangan yang terperinci melibatkan model, pendekatan, falsafah, teori dan elemen-elemen lain yang mendasari pembentukan kurikulum berkenaan (Abdul Rahim 2009).
Model kurikulum ini diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan yang wujud berkaitan dengan pelajar dan pembelajaran (Oliva 2009).
Pembelajaran yang dikatakan kurikulum ini boleh berlaku dengan menitikberatkan unsur pengetahuan, kemahiran, sikap dan mengamalkan elemen pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
Keperluan Kepada Model Pembentukan Kurikulum
Pelajar mempunyai kekurangan dalam pembelajaran (learning deficiency) yang perlu dirawat dan dibetulkan sebelum sebarang langkah perkembangan diambil. Kekurangan tersebut meliputi kemahiran literasi, numerasi, interpersonal dan manipulatif.
Elemen kompetensi atau kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai.
Kaedah pemeroleh pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar.
Perkembangan sosialisasi yang melibatkan sikap, nilai dan kemahiran sosial.
Kesemua faktor ini menjadi titik permulaan penciptaan model pembentukan kurikulum.
Komponen Asas Reka Bentuk Model Pembentukan Kurikulum
Terdapat empat unsur atau komponen asas kepada reka bentuk model pembentukan kurikulum iaitu:
1) tujuan, matlamat dan objektif
2) mata pelajaran
3) pengalaman pembelajaran
4) penilaian
Model Produk dan Model Proses
Menurut O’Neill, Model Produk menekankan hasil pembelajaran (learning outcomes) manakala Model Proses lebih menekankan proses menjalani pengalaman pembelajaran.
Model Produk
Penekanan utama model ini ialah kepada hasil pembelajaran berbanding dengan pembinaan pengalaman pembelajaran (Sheehan 1986).
Model ini turut dikenali sebagai model yang objektif (Oliva 2009) dan bersifat behaviourism (Sheehan 1986).
Antara ciri-ciri yang berkaitan dengan model ini ialah objektif yang digariskan adalah bersifat realistik dan boleh diukur (O’Neill 2010; Orstein dan Hunkins 2009).
Model ini menekankan pembentukan kurikulum berdasarkan elemen-elemen berikut:
Persekitaran pembelajaran distrukturkan
Guru mengkoordinasi pelajar, bahan dan kemudahan pembelajaran
Prinsip-prinsip saintifik diaplikasi
Melibatkan pemantauan yang teliti
Guru mempunyai garis panduan untuk melakukan perkembangan pengalaman pembelajaran pelajar
Model Proses
O’Neill (2010) menekankan bahawa dalam Model Proses, pelajar lebih banyak menentukan aktiviti pembelajaran mereka dengan sedikit penglibatan guru.
Lantaran itu, kemahiran sosial dalam kehidupan pelajar dapat diasimilasikan sedikit demi sedikit melalui pengalaman pembelajaran mereka.
Antara ciri-ciri yang menerangkan berkenaan dengan Model Proses ini ialah subjektiviti, personel, estetika, neuristik, heuristik dan bersifat transaksi (O’Neill 2010; Orstein dan Hunkins (2009). Model Proses lebih menekankan proses pembelajaran daripada hasil pembelajaran.
Berikut ialah ciri-ciri utama Model Proses:
Mengutamakan pendekatan yang berorientasikan aktiviti semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung
Penekanan lebih diberikan kepada pelajar berbanding subjek pelajaran
Pelajar bukan penerima yang pasif malah merupakan penerima aktif yang berkembang
Bukan semua matlamat pendidikan boleh dinyatakan terutama yang melibatkan hidden curriculum
Bersifat pos-moden iaitu dunia ini adalah organisma hidup dan bukan mesin.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran berpusatkan guru dalam Model Produk berubah kepada pendekatan berpusatkan pelajar dalam Model Proses.
Kelebihan dan Kekurangan Model Produk
Pembentukan kurikulum akan menggariskan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan lebih bermakna.
Model ini merupakan kaedah yang tepat dalam membuat penilaian.
Model ini dapat membentuk hubungan yang jelas antara aptitud dengan pencapaian sekiranya penyebaran pelajar adalah adil antara kelas atau kumpulan.
Eisner (1966) memberikan kritikan terawal kepada model produk ini. Eisner menyatakan bahawa pembinaan objektif seakan-akan menidakkan bahawa kurikulum adalah suatu yang dinamik.
Stenhouse (1975) pula menyatakan bahawa penggunaan Model Produk akan mengongkong fikiran kita dengan susunan objektif yang sistematik, komprehensif dan mementingkan kesempurnaan teori. Stenhouse menyatakan susunan objektif seperti itu adalah tidak realistik dengan situasi dunia sekarang.
Kelebihan dan Kekurangan Model Proses
Kelebihan
Penekanan diberikan kepada peranan guru dan peranan pelajaran yang aktif
Penekanan diberikan kepada kemahiran belajar
Murid mempelajari cara mempertahankan hidup sehari-hari
Guru berperanan sebagai fasilitatordan memudah cara pelajar memperoleh pengetahuan
Kekurangan
terlepas pandang mengetahui pengetahuan tertentu
sukar diaplikasikan dalam sesetengah bidang pengetahuan
isu dalam evidens berkenaan kompetensi
persoalan berkenaan dapatkah guru dan pelajar menguasai kemahiran dan menjadi pengamal yang kompeten?
Kesimpulan
Model Produk dan Model Proses merupakan model pembentukan kurikulum yang menterjemahkan perubahan kurikulum dunia yang berlaku kini.
Bermula daripada Model Produk yang bersifat objektiviti dan ditentukan oleh guru, kini kurikulum sudah mengasimilasikan perubahan kepada Model Proses yang lebih subjektiviti dan menekankan pembinaan pengalaman pembelajaran pelajar berbanding hasil pembelajaran (O’Neill 2010, Ornstein dan Hunkins 2009; Stenhouse 1975).
Kesemua perubahan ini diterjemahkan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pelaksanaan kurikulum baru ini lebih mirip kepada Model Proses walaupun terdapat elemen dalam Model Produk yang masih menjadi keutamaan.