Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cerpen - Hipertensi, Persoalan, Watak dan perwatakan, Tema, Plot, Latar,…
-
-
Watak dan perwatakan
AIman Aqil(Watak Utama) -Dia anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Mukanya dahule gebu dan montok tetapi kini nampak cengkung manakala jari-jeraminya kurus runcing. Dia murid yang pintar sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang tinggi. Dia bongkak akan kepintaranya dan sering menyindik adik-adik dan rakannya yang tidak mendapat menjawab soalan mudah. Dia juga selalu ponteng sekolah kerana mengganggap corak pembelajaran di sekolah membosankan dan tidak sesuai dengan dirinya yang pintar. Selain itu, dia suka berhalusinasi dan membayangkan dirinya seorang angkasawan.
Babah(Bapa Aiman) -Dia bekerja dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Dia seorang yang mementingkan pelajaran. Dia juga mementingkan disiplin. Perwatakannya itu dianggap bengis dan kasar oleh Aiman.
Tema
Tema cerpen ini adalah tentang tekanan perasaan yang dialami oleh seorang remaja yang bercita-cita tinggi menyebabkan dia sering berhalusinasi. Aiman seorang genius dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains angkasa. Dia membayangkan dirinya menjadi angkasawan tetap jauh di sudut hatinya, dia memendam rasa dendam keran tertekan akan sikap kasar dan bengis bapanya.
Plot
Permulaan -Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya. Lereng bukit itu terhakis dan tanah runtuh menimpa sebuah banglo. Apabila sebiji mempelam gugur di hadapannya, dia teringat akan Teori Graviti di dalam kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.
Perkembangan -Pengarang menceritakan latar belakang Aiman Aqil, murid yang genius, suka memberontak, dan bersikap angkuh. Dia mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Dia juga memandang rendah kepada rakanya yang gagal menjawab soalan. Dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di sekolah.
Konflik -Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibu Aiman tidak berani menghalang. Kemudian, Aiman mula berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia. Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya, sampai di bulan. Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.
Kilmaks -Dia berharap agar ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira. Dia berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang dan bengis ayahnya. Dia selalu ditampar oleh ayahnya sehingga dia tertanya-tanya akan kesilapan dirinya
Peleraian -Aiman terdengar akan bisikan halus semasa berhalusinasi. Suara itu menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan dan melarang dia merosakkan habitat semula jadi bumi. Aiman insaf dan bertekad untuk terus berusaha untuk mencapai impiannya.
Latar
Latar masyarakat -Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan pekebun.
-Masyarakat peneroka Inggeris
-Masyarakat yang taat akan agama
-Masyarakat yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan
-Masyarakat muda yang nasionalis
-Masyarakat yang prihatin dan saling mengambil berat
Nilai 1) Patriotisme -Ahmad Mutawakkil menunjukkan rasa cinta akan negara dengan bergiat aktif dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Sebagai wartawan, dia menulis artikel dalam akhbar bagi menyuburkan semangat perjuangan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat.
2)Keberanian: Ahmad Mutawakkil berani menempuh cabaran dalam perjuangannya. Dia tidak takut ugutan komunis yang mahu membunuhnya.
3)Semangat bermasyarakat: Penduduk kampung bergaul rapat dan saling mengenali. Mereka same-same menghadiri majlis keraian yang diadakan di banglo Tuan Booth.
4)Hormat-menghormati: Penduduk kampung dapat menerima kehadiran Tuan Booth sebagai sebahagian daripada penduduk kampung itu kerana adanya sikap saling menghormati
5)Kasih-sayang: Imam Ngah Deraman sayang akan Ahmad Mutawakkil walaupun pemuda itu hanya angkatnya. Dua sentiasa mengambil berat tentang keselamatan Ahamd Mutawakkil.
Pengajaran: 1)Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan negara dengan memastikan negara berada dalam keadaan aman dan merdeka
2)Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.
3)Kita hendaklah menjaga tingkah laku yang baik agar dihormati serta disenangi orang.
4)Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan.
5)Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan.