Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
7 ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI - Coggle Diagram
7 ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI
MOTIVASI KENDIRI
Pelajar lebih bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran dengan jayanya
Motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan
PENGAWALAN TUMPUAN
Memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan yang diberikan
Fokuskan tumpuan pada isi-isi yang penting dan hindari dari perkara-perkara yang mengganggu tumpuan terhadap sesuatu tugasan
APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN
Pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi.
Memilih strategi belajar yang berbeza bergantung kepada matlamat khusus yang ingin diperolehi.
PEMANTAUAN KENDIRI
Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat samada terdapat perkembangan dalam mencapai matlamat.
Sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu
PERANCANGAN MASA
Membantu pelajar merancang kaedah yang terbaik untuk menyiapkan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan
Pelajar merancang pelaksanaan tugasan dengan lebih awal dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat
MENETAPKAN MATLAMAT
Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran.
Pelajar perlu mengetahui perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu; mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya mahu mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan
PENILAIAN KENDIRI
Pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran
Pelajar menentukan samada apa yang dipelajari adalah menepati matlamat yang telah ditetapkan.