Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
7 ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI - Coggle Diagram
7 ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI
MOTIVASI KENDIRI
Pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya
Motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan.
PERANCANGAN MASA :
Membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan.
Pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat
PENGAWALAN TUMPUAN
Hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus
Memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran.
APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN
Pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi
Memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi
MENETAPKAN MATLAMAT
Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran.
Pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan
PEMANTAUAN KENDIRI
Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat.
Sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu
PENILAIAN KENDIRI
Pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran.
Pelajar menentukan sama ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan