Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai genre ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan wilayah lain-lain di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melawati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Di Kanada, "Bangsa–bangsa Pertama" telah menjadi suatu penggunaan lazim, di mana ia menggantikan istilah "Indian" untuk orang–orang asli Amerika. Individu yang menggunakan istilah ini diluar Kanada termasuklah penyokong pergerakan kemerdekaan Cascadia, puak–puak Amerika di Barat Laut Pasifik.
Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris, Bahasa Perancis: Renaissance, Bahasa Itali: Rinascimento "Kelahiran semula") ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains
Bangsa–bangsa Pertama (Inggeris: First Nations) merupakan satu kelompok orang asli di Kanada yang bukan berbangsa Inuit dan Métis.[2] Keseluruhan jumlah penduduknya adalah 700,000 orang. Menurut Akta Ekuiti Pekerjaan, Bangsa–bangsa Pertama ialah "kelompok yang ditetapkan", bersama–sama dengan wanita, golongan minoriti terlihat dan mereka–mereka yang mempunyai ketidakupayaaan fizikal dan mental.[3] Walau bagaimanapun, Bangsa–bangsa Pertama tidak ditakrifkan sebagai minoriti terlihat di bawah Akta dan kriteria oleh Statistik Kanada.