Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKKAN MODAL INSAN - Coggle Diagram
PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKKAN MODAL INSAN
Meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid
bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi
menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid
Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaska kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid
Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Memantapkan penguasaan pendidikan sains sebagai usaha memperkasakan minda saintifik dalam kalangan murid bagi merangsang minda mereka supaya mampu melahirkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri yang tinggi.
Menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seawal tahap satu di sekolah rendah
Pembentukan keterampilan dan sahsiah
unggul.
Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam
diserlahkan melalui pelaksanaan program j-QAF.
Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan pada 2005 kepada murid tahun empat dan pelajar tingkatan satu bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan warga negara yang berkualiti.
Pemantapan aktiviti kokurikulum melonjakkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
dapat membina modal insan cemerlang dari segi:
Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi
seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum.
Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti
kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.
Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep ruku negara.
Mencungkil bakat dan potensi diri.
Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian
aktiviti luar dan mencabar.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul.
Menghayati rukunegara serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.
Kempen Anti Buli, Anti Ponteng dan pembabitan ahli masyarakat dalam kempen pencegahan salah laku murid dapat memperkukuhkan jatidiri dan disiplin murid.