Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP GURU SEBAGAI MODAL INSAN - Coggle Diagram
KONSEP GURU SEBAGAI MODAL INSAN
Membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan yang kental
Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan.
Meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.
Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum.
Pemantapan aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.
Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara.
Mencungkil bakat dan potensi diri.
Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai
modal insan
Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid.
Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid.
Rancangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid Tahun Enam dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran digalakkan seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah pula dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pemikiran bercorak futuristik.
Pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul
Di peringkat KPM, usaha ini digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada.
Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral.
Pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam
diserlahkan melalui pelaksanaan program j-QAF.
Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan warga negara yang berkualiti.
Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni
Murid dapat menghayati rukunegara serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.
Bagi memperkukuhkan jatidiri, aspek pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan warga pendidik.