Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
faktor2 interaksi antara tamadun - Coggle Diagram
faktor2 interaksi antara tamadun
KEPIMPINAN
peranan pemimpinan untuk memajukan bangsa mereka selaras visi & misi
secara peperangn / kasar / diplomasi
sifat seseorang pemimpin sesebuah tamadun akan mempengaruhi interaksi tamadun yang lain.
Pemimpin sesebuah tamadun memainkan peranan utama dalam memastikan interaksi yang wujud antara tamadun tersebut dengan tamadun yang lain berada dalam keadaan yang aman
Perkara ini dapat dilihat menerusi kepimpinan Nabi Muhammad SAW semasa memerintah Tamadun Madinah. Baginda tidak menyekat hak dan kebebasan orang Yahudi dan Kristian dalam memilih agama yang hendak dianuti serta menjalankan kegiatan ekonomi seperti mana yang terkandung dalam Piagam Madinah.
Perkara sebaliknya pula akan berlaku sekiranya pemimpin dalam sesebuah tamadun tidak mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik. Hal ini dapat dibuktikan dalam Tamadun India yang mana sikap tidak bertoleransi Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu sehingga menyebabkan penganut Hindu tersebut memberontak.
Peranan golongan agama
kebanyakan agama yang wujud di dunia kecuali Yahudi dan Shinto, berusaha untuk mengembangkan agama yang terdapat dalam tamadun mereka dengan tujuan agar penganut bagi agama tersebut meningkat.
Golongan agama menjadi penentu kepada kehidupan beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan.
Dalam konteks Tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama manakala dalam konteks Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.
Sebagai contoh, interaksi antara Tamadun India dan China berlaku disebabkan oleh aktiviti penyebaran agama Hindu. Keadaan tersebut telah mengakibatkan agama Hindu yang berasal daripada Tamadun India bertapak kukuh dalam Tamadun China.
ilmu pengetahuan
menerusi interaksi antara Tamadun Jepun dan Tamadun China, beberapa ciptaan sains dan teknologi Tamadun China berkembang dalam Tamadun Jepun.
Antara ciptaan tersebut ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, kompas dan sebagainya. Menerusi interaksi antara Tamadun China dan Jepun
tulisan-tulisan kaligrafi China telah memperkembang tradisi sistem tulisan Tamadun Jepun sehingga menyebabkan tulisan tersebut menjadi medium komunikasi sosial dan penciptaan kesenian yang mana banyak membantu perkembangan tradisi keintelektualan Tamadun Jepun.
perdagangan
hubungan perdagangan antara masyarakat Arab dan masyarakat China yang dikatakan telah berlaku sejak abad ketiga Masihi lagi apabila dilaporkan dalam utusan Arab yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei.
Menurut catatan China, kapal-kapal China telah berlayar sehingga ke Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada abad kelima (Mahayudin Haji Yahya, 1987). Tedapat juga hubungan perdagangan antara Tamadun Islam dengan Tamadun India. Ismail Hussien et al. (1997) menyatakan bahawa masyarakat Arab telah berlayar di lautan Hindi untuk menubuhkan wilayah perdagangan di pantai barat India yang dikenali sebagai Malabar pada masa kini.
Dalam konteks Alam Melayu, salah satu faktor yang membawa ke arah kemasyhuran sesuatu tamadun ialah aktiviti perdagangan. Misalnya, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) pedagang-pedagang daripada Arab, India dan China mengungjungi Melaka untuk menjalankan aktiviti perniagaan
Aktiviti perdagangan sebagai faktor interaksi tamadun dapat dibuktikan melalui penulisan sejarah pada zaman dinasti Song seperti buku Zhu Fan Zhi (Perihak Negeri-negeri Asing) yang menyatakan bahawa Tamadun China dan Tamadun Alam Melayu saling melengkapi antara satu dengan lain dalam hubungan perniagaan.
aktiviti perdagangan mempengaruhi interaksi antara kepelbagaian tamadun di Asia.
Perkahwinan
Asimilasi antara bangsa suami dengan bangsa isteri
Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po mengeratkan hubungan diplomatik antara Melaka dengan China
Hubungan 2 hala antara negara dagang
Berjalan secara sistem Barter (tukar barang) @ guna mata wang emas @ perak
Geografi
Kedudukan strategik
berdekatan antara tamadun dengan tamadun lain
contohnya: Islam berada antara tamadun Rom & Parsi
kekayaan hasil bumi: tanah subur, pengairan, penternakan, hasil hutan, bahan galian
Kepimpinan
Peranan pemimpin untuk memajukan bangsa mereka selaras dengan misi (berinteraksi dengan tamadun lain) & visi (menjadi empayar terkuat)
Misi politik
Kegiatan peperangan, penjajahan & kerjasama lain (rakan kongsi), (naungan @ bayar cukai @ ufti) daripada wang emas, wang perak, atau hasil tanaman komoditi tamadun tersebut
Peranan golongan agama
Melalui motivasi & dakwah berjumpa orang luar untuk menyebarkan agama & aktiviti ekonomi
Islam menyuruh manusia bertemu masyarakat luar & berkenalan melalui ayat alQuran surah alHujurat ayat 13
Islam menggalakkan perkenalan bukan peperangan
Islam menggalakkan penggunaan hasil bumi dunia dengan sederhana & mengiktiraf hak penduduk asal
Islam mengiktiraf bangsa asal sesuatu negara untuk memerintah
Istilah meneroka tanah baru ialah 'pembukaan' bukan 'penaklukan'
Bukti Empayar Islam hadir sebagai 'pembukaan': Kuasa Islam akan memberi pilihan kepada sesebuah negara:
1) Rakyat negara itu masuk Islam
2) Jika tidak mahu masuk Islam, perlu membayar cukai (Jizyah) & negara dilindungi tentera Islam
3) Jika tolak masuk Islam, tolak bayar Jizyah, barulah berperang dengan tentera Islam
4) Kuasa Islam tidak pernah merampas hasil bumi negara yang dimasuki. (Dibahagikan sama rata dengan penduduk asal atau khalifah empayar *untuk pembangunan empayar & negara yang dinaunginya)
Barat menggalakkan umat Kristian keluar menjelajah atas faktor:
Gospel (sebar Kristian)
Gold (kekayaan hasil bumi Timur)
Glory (maruah & kemenangan tentera Salib)