Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD), Nama: Dayang Syahira Bt Awg Abdul Rahman…
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
KONSEP: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan dalam pdp dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik amalan di bilik darjah. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang perkembangan dan penguasaan murid terhadap standard pembelajaran. Maklumat yang diperolehi daripada PBD bukanlah untuk tujuan perbandingan dan persaingan tetapi adalah untuk guru, ibu bapa dan pihak sekolah merancang tindakan susulan ke arah penambahbaikan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran Bilik Darjah yang dirancang dengan baik akan membawa kepada konsep pembelajaran bermakna. Murid-murid akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada proses pembelajaran tersebut ke dalam kehidupan sebenar murid.
TUJUAN
Menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif
Melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian melalui pentaksiran sumatif
Membolehkan murid, guru, ibu bapa dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid
CIRI-CIRI UTAMA
Dirancang oleh guru
: menilai muridnya sendiri
Pelbagai kaedah
: melalui pemerhatian, lisan dan penulisan
Bersistem
: merancang pdp, menentukan instrumen, melaksanakan pdp dan pentaksiran, merekod, menganalisis, mengambil tindakan susulan, melapor
Formatif dan Sumatif:
Dijalankan secara berterusan dan mengesan perkembangan , kemajuan dan penguasaan murid.
Berasaskan kriteria
: menilai penguasaan berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan yang ditetapkan.
Menekankan perkembangan individu
: Berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu
Mengesan perkembangan Pembelajaran secara menyeluruh
: merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta kognitif, psikomotor dan afektif
Membolehkan tindakan susulan
: mengatasi kelemahan pembelajaran dan mempertingkat kekuatan pelajar
Menggalakkan pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran Rakan Sebaya
: melatih murid mentaksir kemajuan secara berterusan dan guru mendapat maklumat tambahan.
ASPEK YANG DITAFSIR
Pelbagai aspek boleh ditafsir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosidan sahsiah murid. Contoh aspek yang ditafsir ialah:
Pengetahuan
Kemahiran berfikir, berbahasa, mengira, belajar, bersosial, manipulatif, amali,kinestatik
Kreativiti, kesihatan dan kecergasan, amalan nilai murni, sikap
Nama: Dayang Syahira Bt Awg Abdul Rahman (PDPPPI6-0620)