Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA, NORAZURIA NORMAH BINTI MOHD HAJINI,…
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Sebelum kedatangan Bristish: Sistem Pendidikan Pondok
Sebelum Zaman Kolonialisme British (1400-1786)
Pendidikan pondok
Sistem pendidikan ini berfokus kpd ajaran agama atau Quran
Murid-murid belajar mengaji al Quran dan Fardhu Ain dpd guru-guru yg dikenali sebagai ulamak di rumah mereka, masjid, surau dan madrasah
Semasa Penjajahan British: Sistem Pendidikan Vernakular
Zaman Kolonialisme British (1786-1956)
Perkembangan Sekolah Vernakular
Di bawah British, etnik Melayu, Cina dan India diasingkan dari segi pendidikan – sekolah vernakular
4 jenis persekolahan, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris
1854- Laporan status pendidikan ketika itu diberikan perhatian serius oleh Gabenor Negeri-negeri Selat
Sekolah Melayu
Sekolah Melayu bertujuan memberi anak-anak Melayu pendidikan asas selama 6 tahun (sehingga Djh 5 shj) dengan BM sebagai Bahasa pengantar
Pada 1826, Sek Melayu Gelugur, Sek Melayu Bayan Lepas, Sek Melayu Ayer Hitam ditubuhkan di P. Pinang dan Sek Melayu di Teluk Belanga dan Sek di Kg. Gelam pada tahun 1856 di Singapura
Pada peringkat awal, ia adalah utk pelajar lelaki sahaja.
Sehingga 1892, 190 buah sekolah Melayu, namun segelintir shj yg mendaftar, justeru British mewajibkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka
Sehingga 1940, Sek Melayu bertambah, namun British tidak mewujudkan Sek Menengah aliran Melayu sebab bimbang wujud penentangan terhadap kerajaan British.
Kurikulum fokus kpd kemahiran membaca, mengira, ilmu Hisab, geografi dan pendidikan jasmani.
Kanak-kanak Melayu juga diajar menjadi petani yg lebih baik drp ibubapa mrk.
Maktab perguruan ditubuhkan utk mengatasi kekurangan guru.
(1889) Maktab Perguruan Taiping, Perak (1913) Maktab Perguruan Matang, Perak (1922) Sultan Idris Training College (1935) Malay Women’s Training College
Sekolah Cina
Sek Cina ditubuh, dibiayai & dipertanggjwbkan kpd msykt Cina sendiri, termsk guru-guru dari negara Cina, & sistem pddk yg berteraskan sistem pddk negara Cina
Perkembangan sek Cina agak pesat bukan shj dari segi bil sek yg ditubuhkan
Pada 1920, Bahasa Mandarin sbg Bahasa pengantar di Sekolah Cina
Pada 1945, BI dan BM diperkenalkan di sek Cina
Matapelajaran yg diajar termasuk Sejarah, Geografi, Sains, Matematik, Etika, Menulis, Pendidikan Jasmani & Muzik.
Tempoh persekolahan : sek. Rendah – 6 thn, sek. Men. Rendah – 3 thn & sek.men. atas – 3 thn
Didapati bahawa kandungan kurikulum Cina mpy ideolog komunis & berbau anti-British, maka Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 diluluskan utk menghentikan perkembangan ini.
Pada 1924, sek. Cina yg menerima bantuan kewangan drp British adalah tertakluk kpd syarat tertentu bertujuan utk memastikan kurikulum adalah bersifat tempatan.
Tambahan pula, Bahasa Inggeris dan Melayu diperkenalkan sbg matapelajaran wajib.
Pada 1938, 684 buah sek. menerima bantuan kewangan
Sekolah Tamil
Buruh India dibawa masuk British utk bekerja di ladang getah, kopi, tebu dan kelapa spti di Penang, Malacca dan Johore
Sek Tamil didirikan oleh pemilik-pemilik ladang bagi mendidik anak-anak pekerja, namun menghadapi masalah spt sambutan dingin org India, kekurangan kemudahan dsb
Sek Anglo Tamil di Melaka (1850)
Sek Anglo Tamil di Melaka (1850)
Sek Tamil di Pinang (1816)
Tahap persekolahan yg disediakan di sek Tamil hanya sehingga persekolahan rendah sahaja-bekerja sbg buruh di ladang dan keretapi
Pihak British tdk campur tangan dlm hal sek Tamil ttp memberi bantuan kewangan utk mebina sek Tamil pada tahun 1902.
Pada 1923, Labour Enactment dilaksanakan oleh British. Adalah wajib utk setiap ladang yg mpy lebih 10 org kanak-kanak Tamil yg berumur 7 – 14 thn membuka sek Tamil .
Polisi ini menggalakkan buruh dari India bekerja di Malaya
Sekolah Inggeris
Sek Inggeris ditubuhkan & dikelolakan oleh mubaligh Kristian spt Anglican, Roman Katolik & Methodist
Ciri-ciri sek Inggeris:
Terletak dibandar yg krg org Melayu
Wajibkan org bukan Islam utk pelajar agama kristian
Perluaskan penggunaan BI sbg bahasa pengantar
Bantuan kewangan dan sokongan British
Sek Inggeris paling awal ditubuhkan di Malaya: Penang Free School (1816) di Pulau Pinang, Victoria Institution (1893) dan St. John’s Institution (1893) di Kuala Lumpur, Methodist Boys’ School (1897) di Selangor.
Semua kaum diterima di sek mubaligh di sek rend & sek men.
The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) ditubuhkan pada 1905 utk golongan bangsawan Melayu (Malay aristocrats). Kurikulum yg digunakan adalah kurikulum yg diguna oleh Grammar Schools di England.
Pendidikan menengah hanya ditawarkan di sek kerajaan Inggeris, sek mubaligh serta sek swasta Cina.
Pendidikan lanjutan
Akibat keperluan tenaga pengajar, program utk melatih guru Bahasa Inggeris diperkenalkan Kuala Lumpur (1905) dan Pulau Pinang (1907).
Diploma pengajaran ditawarkan di Raffles College, Singapore dan Kirby College, United Kingdom.
Sebelum pertubuhan University of Malaya di Singapore pada 1949, guru sek menengah Bahasa Inggeris mendapat latihan di Raffles College dan University of Hong Kong.
Pendidikan tinggi
King Edward VII College of Medicine, Singapore (1905)
Raffles College, Singapore (1928)
Gabungan King Edward VII College of Medicine dan Raffles College membentuk University of Malaya, Singapore (1946)
Sebelum merdeka - (1946 – 1957)
Semasa Jajahan Jepun (1942 – 1945), semua jenis persekolahan diberhentikan kecuali yg mengajar Bahasa Jepun
Selepas tamat penjajahan Jepun, negeri-neger Melayu adalah di bawah Pentadbiran Militari British
Malayan Union dibentuk pada Jun 1946
Pihak British sibuk dgn pembangunan semula negeri di bawah jajahan, maka soal pendidikan tdk diberi penekanan utama
Laporan Cheeseman (1946)
Laporan itu disediakan pada 1946 oleh En. Harold Ambrose Robison Cheeseman, timbalan pengarah pendidikan pada masa itu
Matlamat pelan itu adalah menstruktur semula kurikulum sekolah vernacular
Pada 1938, Pentadbir Jajahan British mencadangkan Pelan Cheeseman utk sistem pendidikan seluruh Malaya.
Cadangan Laporan Cheeseman
Memberi pendidikan asas secara percuma kpd semua jenis sekolah. Pendidikan vernakular sek. rendah & sek men. boleh menggunakan BI, BM, Mandarin & Tamil sbg Bahasa pengantar masing-masing
BI adalah subjek wajib utk semua sek vernakular
Hanya dua jenis sek men ditubuhkan – sek men tengah & sek men atas
Pendidikan vokasional diperkenalkan
Cadangan Laporan Cheeseman mendpt tentangan kuat drp UMNO sebab tdk setuju bahawa bahasa lain adalah bahasa pengantar bagi jenis sek masing-masing. Mrk mahu hanya BM sebagai Bahasa pengantar utk semua jenis sek dan juga tiada polisi yg jelas ttg perpaduan nasional
Maka, cadangan Cheeseman dimansuhkan pada 1949
Oleh yg demikian, J/Kuasa I.J. Barnes ditubuhkan pada 1950 utk mengkaji semula penstrukturan pelan pendidikan
Laporan Barnes (1950)
Laporan Barnes menyokong pemansuhan sek vernakular dan mencadangkan:
Satu sistem pendidikan nasional yg membekalkan pendidikan rendah utk 6 thn. Bahasa pengantar adalah BI dan BM
BM boleh digunakan sbg Bahasa utama
Cadangan ini ditolak oleh kaum lain dan penyesuaian telah dibuat:
Dwibahasa di sek Melayu (BM & BI)
Bahasa ketiga di sek Cina & sek Tamil (Tamil-Malay-English atau Chinese-Malay-English)
Kurikulum yg sama utk mewujudkan sistem pendidikan nasional
Laporan Fenn-Wu(1951)
Laporan Barnes mendpt tentangan kaum Cina. Pada awal Januari 1951 , dua org pendidkan, William P. Fenn (setiausaha eksektif Lembaga Amanah beberapa institusi pendidikan tinggi di China) dan Wu Teh-yao (pegawai dari UN) dijemput oleh kerajaan pusat membuat kajian sek Cina di Malaya).
Tujuan kajian itu adalah memberi cadangan tentang sumbangan sekolah Cina khasnya berkaitan aspek kesetiaan umum kpd negara yg terdiri dr pelbagai kaum
Cadangan Laporan Fenn-Wu
Sekolah vernakular dikekal
“Trilingualism” – BM sbg bahasa rasmi, BI sbg bahasa perniagaan & Bahasa Cina sbg bahasa budaya
Peningkatan subsidi kerajaan
Tubuh j/kuasa utk mengkaji masalah sek yg sedia wujud.
Tubuh j/kuasa utk menghasilkan buku teks berdasarkan kaedah pedagogi moden, berfokus kpd Malaya sementara mengekalkan tradisi dan budaya Cina
Menubuhkan institusi utk menghailkan lebih guru yg bertauliah
Menambahbaik syarat perkhidmatan guru sek Cina .
The Central Advisory Committee on Education, Federation of Malaya, telah ditubuhkan utk mengkaji cadangan-cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu
Pada 10 September 1951, satu laporan khas telah dikeluarkan dan termaktublah Ordinan Pelajaran 1952
Ordinan Pelajaran 1952
Beberapa cadangan Laporan Barnes
Menubuhkan sistem pendidikan nasional – aliran sek Melayu, sek Cina, sek Inggeris & sek Tamil yg mengamalkan bahasa pengantar aliran masing-masing di peringkat sek rendah
Aliran sek Melayu dan sek Inggeris di sek men menggunakan kurikulum kebangsaan yg sama tdk mengambil Bahasa pengantar.
Aliran sek Melayu dikenali sbg sek kebangsaan dan sek aliran dikenali sbg “jenis kebangsaan”
BM dan BI wajib dilaksanakan selama 6 thn utk pendidikan rendah di sek vernakular.
Sek Inggeris dikekal
Tubuhkan sek vokasional di sek men.
Menawarkan pengajian agama kpd murid Muslim
Bagaimanapun, polisi ini tdk diterima ramai. Komuniti Cina & India menentang penghapusan Bahasa ibunda mereka sebagai Bahasa pengantar
Keadaan ekonomi yg lemah dan kekurangan guru terlatih utk sek kebangsaan menyebabkan ia tdk dilaksanakan sepenuhnya
Penyata Razak 1956
Selepas tiga thn pelaksanaan Ordinan Pendidikan 1952, kerajaan jajahan British menubuhkan J/K Kabinet 1955 utk menilai semula dasar pendidikan. J/K ini diketuai oleh Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran, Persekutuan Malaya pada masa itu
Menjadi BM sbg bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar
Sek rendah utk murid berumur 6 – 13 thn.
Dua jenis sek rendah – sek rendah persendirian dan yg menerima bantuan
Sek rendah terdiri drp sek umum (Bahasa pengantar BM) & sek jenis umum (Bahasa pengantar Mandadrin, Tamil atau BI)
Semua sek menggunakan sukatan dan kurikulum yg sama
BM & BI adalah wajib utk semua sek
Tiga thn pertama pendidikan menengah melayakkan pelajar menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education
Guru yg layak didaftar menjadi perkhidmatan profesional berdasarkan skim gaji kebangsaan
Sek menerima bantuan yg mpy lebih 15 org pelajar Muslim perlu menyediakan pengajian agama dgn peruntukan dana awam
Yuran sek dikenalkan
Implikasi Penyata Razak 1956:
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
NORAZURIA NORMAH BINTI MOHD HAJINI
PDPPSN1620