Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada perasaan bertanggunjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tuas-tugas yang mesti dilaksanakan olehnya, tetapi perlu merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah disepakati. Profesion guru sebagaimana yang disebut oleh Mok son sang (2012) adalah merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid, ibu bapa dan masyarakat serta negara. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kualiti-kualiti yang telah disebutkan, maka barulah guru boleh dikurniakan taraf profesional dalam erti kata yang sebenar.