Hujahnya, dalam kurikulum pendidikan kebangsaan, antara mata pelajaran yang mengandungi elemen kepelbagaian budaya ialah mata pelajaran Sejarah. Ini kerana melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia (KPM 2000). Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara (PPPM 2013-2025). Bagi mencapai matlamat ini, guru Sejarah perlu mempunyai inisiatif dan kemahiran untuk mengajar Sejarah. Untuk mengajar murid pelbagai budaya dengan lebih berkesan, guru perlu responsif terhadap kepelbagaian budaya murid.